Selasa, Disember 04, 2012

Green Valvet Cake


Assalamualaikum tayang kek yg dah ketinggalan nak buat...org lain dah berkali2 buat kita baru nak mula... ni pun kemarin buat, sorry ye dah habis pun...cuma warna je ubah letak hijau...rasa tetap sama dgn red velvet cake...dan satu lagi nak bg tahu kek ni saya x bakar tau...saya try kukus...alhamdullilah npknya menjadi dgn cantik dan gebus....

Green Velvet Cake

Bahan :
5 biji telur gred B @ 4 biji telur gred A
250 gram mentega beku tanpa garam

*3 cawan tepung naik sendiri @ Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder
*3 sudu makan serbuk koko
2 cawan gula kastor
2 sudu makan pewarna oil base - sy letak pewarna hijau
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda @ baking powder
1 sudu makan cuka makan

BUTTERMILK:
1 cawan susu segar
1 sudu makan cuka makan atau jus lemon
Cara :
Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Cara:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam.
7. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
8. Larutkan bicarbonate of soda @ baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek.
8. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
9. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Resepi Krim Cheese :
Bahan :
500 grm whipping cream -
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda



6 ulasan:

rahel berkata...

Wah...resepi baru...nanti nak try pulak green velvet cake ni...mesti enak banget.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Cantik sungguh warna hijau lumut tu Shiela.. akak nak cuba juga lah.. aduh list yg keberapa pula ni :D

Cendana Kasih berkata...

waaaa,,,,ku lihat HIJAU !!!..

cantik...nampak pun gebu jer...len kali nk cuba kukus la plak

Sheila Shafeareen berkata...

hee Rahel cubelah...mana2 red velvet same jerasanya cuma sy tukar letak warna hijau...

Sheila Shafeareen berkata...

Kak Yati hee cuba kak kala akk dpt resepi lg muda lg bagus..tukarje warna hijau....mmg cantik hijau lumut

Sheila Shafeareen berkata...

tq Ck hee hijau lumut tu..yep akk bg derhaka kek ni hee saja nak try alhamdullilah menjadi juga

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More