Jumaat, Ogos 03, 2012

Sira Pisang Gula Hangus


Assalamualaikum... Pagi Jumaat yg indah buat semua rekan2 ku :-)...n3 pencuci mulut lepas bebuka semlm...sira pisang hemmm manu dari pantai timur mmg kena ada dlm rmh ni...sdp lahhhh pestime buat...nak mkn suam atau sejuk pun  boleh....jangan takut yg sy buat ni x lah manis mana pun agak2 jeee yeee kalau nak manis kena le lebihkan gula dan kuahnya pun kena ada sedikit likat2....rempah2 tu jgn letak lebih sangat nnt rasa kuat x best pulak nak mkn....tang pisang tu ikut je nak buat pisang apa, rasanya yg sesuai pun pisang lemak manis, pisang nangka....sy main bantai jeeee x kira pisang apa pun dah jadi sdp aje mknnya...heeeee...resepi ambik dari dapur Naz-oven kecil.... negok sira pisang yg Naz buat mmg terliuq betul... kuah gula hangus mmg byk sdp lahhhh.....try le sesekali bebuka dgn dessert ni.....Tq Mek Naz


PISANG SIRA GULA HANGUS
BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
5 biji pisang nangka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan

Cara menyediakannya :
  1. Masukkan 3-4 sudu besar gula (ambil daripada jumlah gula yang perlu digunakan di atas) ke dalam periuk. Di atas api perlahan, cairkan gula ini menjadi gula hangus. Apabila gula telah perang, masukkan air dan biar gula larut sepenuhnya. 
  2. Seterusnya masukkan baki gula dan daun pandan. Besarkan api dapur dan biar hingga menggelegak dan gula larut sepenuhnya.
  3. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
  4. Kecilkan api dapur. Masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.  
  5. Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk (sekejap je tau! Lebih kurang 1-2 minit je). Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).
Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!


7 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak! pisang nangka tak tahu ada ke tak kat sini kalau ada tp lain kot rasa dia :D taik minyak tu tgk jugak kalau byk lama ler masaknya kalau tak byk kejap jer abis :) tp jgn bukak api besar2 sgt nanti angus dia jadi mcm debu2 gitu dia tak jd ketul2 melekat, kalau dah jd debu tu kompem tak jadik ehehe..

Sheila Shafeareen berkata...

w;salam ika pisang lemak manis yg mcm pisang emas tu lg sdp kot....ok nnt akk try buat...ooo api kecik yeeee...tulah negok yg ika punya cantik beketul2....tq bg info

Nazrah berkata...

Kita ni fail kalau bab pisang... heheheh... jenis jenis pisang x ler reti sangat ..makan je pandai..tapi selalu beli je pisang sira ni kat Kg Baru tu...

Sheila Shafeareen berkata...

betul tu kita pun mmg x pas lah tentang pisang ni kes nak makan buat aje janji sdp dan menjadi jugak heee..ada masa nnt try yeee

tun_telani berkata...

kak sheila....... mama tun selalu buat niiiiii... alahai, sedapnyer. terasa je kat tekak ni sira pisang.. tp tun pun sama laa mcm akak naz pinky kita ni, xkenal nama2 pisang. pisang montel tun tau lah. hihi..

ps: word verification sgt susah :( akak removekan laa ye. hihi

Sheila Shafeareen berkata...

Hai tun heee kita betiga sepesen tu mmg xkenal pisang..akk tahu pun pisang montel dan pisang Emas heee..sebelah area p.timur pasti ada juadah ni kan, x kira bulan posa pun..hari2 ada...

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum kak Sheila..

Alahaiiii..first time ada org panggil Naz 'mek'..hihihiii...

Sira pisang ni mmg best sgt.. Naz suka.. Lagi suka mkn yg dah sejuk dlm peti ais...nyummm..
Tq kak sbb jadikn resepi dr blog Naz tu sbg rujukan..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More