Jumaat, Julai 13, 2012

Pau Inti Kasted


Assalamualaikum salam besiaran di pg jumaat yg penuh keberkatan, syukur..... jom sarapan dengan pau inti kasted pg ni....hem 2 ketul kenyang....kes nak pehabiskan sos kasted yg buat semlm masa makan sama kuih serabai.....seperti biasalah pau ni buat mlm tadi siap kukuskan sekali.....pg ni cuma tingal panaskan saja....senangkan....sdp tau letak inti kasted...:-) resepi pau sama mcm yg pernah saya buat sebelum ni...roti pau yg lembut dan gebus...jom mkn....:-)

Resepi : Kak Ton MyR

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam 
 belum siap kukus lg

 Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba... 
Untuk Sos Kasted
1 tin susu cair
2 sdb gula- ikut manisan sendiri
2 sdb tepung kasted
  1. Satukan semua bahan2 dalam periuk kacau seketika
  2. Kemudian baru di letakan atas api yg sederhana
  3. Kacau jangan behenti, bila agak2 dah nampak pekat padamkan api terus..(jangan sampai kasted hangit) dan sejukan

8 ulasan:

Mas berkata...

gebuuunya pau tu kak....
lama gak mas tak buat pau...
jadi teringin lakkk..he3

Sheila Shafeareen berkata...

Hai mas heheh sdp roti pau...mmg naik gebus...tunggu resepi yg sdp2 dari mas ni heheheh

ady berkata...

as-salam
gebunye pau tu..selalu buat pau letak kacang merah aje..tapi yg ni npk lagi sedap...

zila norazila berkata...

nampak gebu jew..x pernah mkn yg ada sos kastard..mesti best nie:)

tun_telani berkata...

mmg sedap pau kak ton nih.. gebuss segebu-gebunya..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam abf ady mmg gebus...dah sejuk pun lembut lg...tp sdp mkn suam2...sdp inti kasted lemak2 susu manis

Sheila Shafeareen berkata...

hai Zila sdp cuba ye ank2 sure suka...lebih kurang cam roti kasted tu

Sheila Shafeareen berkata...

hai tu betul tu akk pun masih gunakan resepi kak ton ni....lg pun senag aje....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More