Selasa, Disember 11, 2012

Kuih Peria Inti Kacang Hijau


Assalamualaikum Selamat becuti pada warga Selangor...pg ni tayang kuih Peria...pernah negok tak?..hemmm rasanya ada yg pernah negok tp x pernah mkn, yg x pernah negok x pernah mkn pun tentu ramaikan...mana yg dah pernah rasa dan tahu tu x ada masalah punya...kuih org lama juga ni....ikutkan saya masa kecik2 pernah mkn tp dah lupa cam ne rasanya...cuma ingat2 gitu je..rasanya cam kuih koci tp lain sikit lah....nak puaskan hati buat juga le bg ank2 tahu mcm mana rupanya kuih peria ini..sdp kuih ni lembut je ada lebih kurang mcm kuih masyarakat cina kuih Angku beza cuma warna dan bentuk...:-) sy buat inti kacang hijau ...kalau nak letak inti kelapa pun boleh...kuih ni saya bentukan garisan mengunakan belakang pisau pengupas buah...kalau nak ikut cara mcm Kak Madihaa pun boleh ...resepi sy ambik dari dapur beliau...tq Kak kongsi besama....


KUIH BUAH PERIA
Sumber :- Kak Mardiha


Bahan2 Untuk Doh
300 gm tepung pulut
150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)
Bahan2 tambahan
daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:
1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.
2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:
1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.
5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.




Cara saya lepas letak inti bentukan kuih jd lonjong letak atas tapak tangan dan buat garisan dgn lalukan cara lembut menguna belakang pisau kupas buah..nak buat mcm cara Kak Madihaa guna plastik pun boleh....


8 ulasan:

Cendana Kasih berkata...

adoi kak...ni kuih peberet saya ni...mesti beli kat Giant/Jusco kalo terjumpa

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Ck hee ye ke akk dah besau2 ni baru le nak mkn....ada jual ye kak jusco...mcm kuih cina tu kan....

Norzie hany berkata...

Kat tempat saya panggil kuih ku.sedap...selalu dok beli aje.

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Norzie oh ye kee mcm2 name ada ye..sdp kan lembut je....

Yatie berkata...

cantiknya kuih Sheila ni, Yatie mmng tak pernah buat sendiri...makan tu pernahlah...terliur di buatnya..

Amie berkata...

Berpuluh tahun tak jumpa kuih ni... dulu selalu beli di kantin sekolah rendah!

MaDiHaA aka Ratna berkata...

rajinnyer sue... memang sedap yg amat kuih ni... tq sudi cuba..

yaniey berkata...

Best sngt kuih nih...lembut dan berminyak skit kulit dia...bila mkn slalu brangan nk kulit lembut mcm kuih
peria nih....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More