Jumaat, Disember 28, 2012

Tumis Air Kepah/Lala Besarai



Assalamualaikum...bi manu utk tehajari td...masak pun sempoi2 je...tp tetap naik selera heee...ada sambal belacan dan ikan kerin cukup dah..... beli dekat sekilo lebih kepah ni mmg x pernah cukup2...nak behenti megunyah pun payah.....ratah ajeee...suka hirup kuah tumis ni rasa mani2s kepah ...haruman bau serai dan daun kuyit.....harummm ...meh layan


Tumis Air Kepah/lala Beserai
Bahan-bahan
500 gm lala/kepah/remis - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - di titik
1 helai daun kunyit simpul
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 biji bawang besar - dipotong bulat
beberapa biji tomato ceri - ikut suka
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak
6 cwn air - nak kuah lebih masukan air lg

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau, masukan air
Masukkan garam, gula secukup rasa dan daun kunyit. Kacau sebati dan masukkan lala/kepah
Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala/kepah berubah warna.
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan.

3 ulasan:

tun_telani berkata...

Salam kak sheila ^^ tun xbape pandai sgt makan kepah tumis air, tp kalau buat sure cepat habis sbb hasben tun mmg minat kerang2an nih..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam tun hee cuba sekali pasti nak lg manis bila masak tumis air mcm ni....meratah mmg laju...

Rohah berkata...

menu segerrr ni kak...sedap hirup kuahnya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More