Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Khamis, Mac 21, 2013

Rendang Pucuk Ubi 2


Assalamualaikum...baru dpt nak bejln2 kat dapur yg satu ni...hem baru pas masak ptg...siapkan rendang pucuk ubi bg kering tu yg lambat ke sini heeee...entah agin apa dtg teringin pulak nak mkn rendang...bukan x pernah mkn pun...tp kalau dah nak itu jam juga buat...petik2 je pucuk ubi kat kedai, mmg betul2 rezeki lah tghari tadi g kedai runcit sebelah rmh ada 4 ikat pucuk ubi..sambar dua ikat, tu pun dah bayak meninbun dlm satu ikat....yg 1st dulu buat x berapa nak kering..kali ni buat biar bg kerin betul2...masih mengunakan resepi Kak Anim...napak gayanya ramai rakan2 yg dah menerai masak...amacam sdp kan....

rendang pucuk ubi dlm kuali... tunggu kering sikit lg...

Rendang Pucuk Ubi
Resepi : Anymz-mykitchen
sumber: Nshafeareen

Bahan:
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
Santan dari 3 biji kelapa atau
Santan segar rm 4
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup

Cara:
Sediakan kuali
Masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
Kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana
Bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
Kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
Dah siap dan sedia untuk di hidangkan. 


Selasa, Januari 08, 2013

Pajeri Mangga


Assalamualaikum buat semua....pg ni kita n3 lauk semalam tau jggn tanye mmg dah pinissss...tp kalau bawa ke hari kedua lg sdp tau pajeri ni...rempah2 dah cukup sebati dgn buah hemmmm..suka dgn rasa yg masam, manis pedas mcm ni...rencah pulak sama udang kering...bauuuu nyeeeee hemmmm..ada pulak lawan dgn ikan masih pehhhhh...dgn mengunakan resepi yg sama mcm sebelum2 ni... x ada nak tukar2..cuma yg tukar pun isi dlmnye...dpt buah kedondong lg sdp...nak buat pajeri mangga ni jagan cari mangga yg dah masak kuning ye nnt lebik...guna mangga yg muda2 tp jgn le pulak muda sangat karang masam pulak....kira sedang2 hampir nak masak leee ... guna buah mangga pauh lg sesuai...



Pajeri Mangga
Resepi Asal : Kak Henieliza 
Sumber : Sheila

Bahan-Bahan 
Bahan A
  • 1 biji nenas potong kecil - Kali ini buat Mangga pula
  • 3 cwn santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 4 sdm minyak masak
  • 2 sdb gula merah/putih
  • 2 sdb kerisik
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 sdb udang kering
  • Semua di tumbuk
Bahan C
  • 1inci kulit kayu manis
  • 6 sdb rempak kari ikan yg di bancuh dgn sedikit air
  • Panaskan minya tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari
  • Masukan kerisik nenas kacau sebati sampai rempah x melekat di periuk
  • Masukan santan, garam, gula merah/putih masak hingga kuah pekat
Nota:: Selain dari nenas, terung panjang, terung peparu, mangga, buah kedondong boleh juga di masak pajeri


Khamis, Disember 27, 2012

Rendang Nangka


Salam besiaran di pg khamis harap semua rakan sihat2 hendaknya...rendang nangka lauk sajian tegahari semalam...hemmm sdp pulak tu...mkn gan nasi putih..lepas tu ambik semangkuk buat ratah...:-)... kita bukan selalu  makan nangka.....lg pun nangka tu dah di rebus empok...x le berangin perut dan satu badan ....tp x tau le kalau ada yg x boleh mkn nangka langsung...yg mana x boleh tu jgn mkn nnt melarat pulak...sajian ni pun sesuai buat utk lauk masakan kg time kenduri kendara...ada pulak lawankan sama ikan masin pehhh...resepi rendangnya  x susah senang je mudah2....jom kita negok :-)


RENDANG NANGKA
Resepi : Kak Hanieliza


Bahan-Bahan: 
1 kg nangka muda
250 gm daging - Sheila letak aym yg di potongh kecil
1/2 cawan minyak masak
5 cawan pati santan
1/2 cawan gm kerisik
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit [koyakkan]
garam
Sheila tambah dgn 1 batang serai titik

Bahan-bahan dikisar:
5 batang serai
5 sm halia
5 sm lengkuas
3 sm kunyit hidup
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
15 biji ciliapi - Sheila kurangkan pd 5 biji 

Cara:
1. Nangka dibersihkan dipotong-potong kemudian direbuskan hingga empuk/lembut.
2. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan hahan-bahan kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan santan, garam, nangka dan daging.
5. Maskkan sehingga pekat dan daging & nangka lembut.
6. Setelah itu masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali sekala hingga kering dan naik minyak.
7. Hidangkan..

Jumaat, Jun 01, 2012

Gulai Lemak Nangka & Udang


Assalamualaikum salam besiaran di hari jumaat yg penuh keberkatan syukur pada nikmatNya....utk tghari ni masak lauk gulai lemak nangka lawankan sama udang hidup hemmm.... lama juga x beli nangka...buat masak cam gini...pikir2 awalnya nak buat kerabu nangka letak tauge dan kerang tp byk bhn2 x ada....x pe lain kali leh buat...masak lemak gulai nangka ni mmg sdp... tp pada yg x tahan perut tu boleh jadi agin....hehe...nak megelak kan x berangin saya letak sikit lada hitam tumbuk dlm gulai lemak......selamat menjamu selara semua..dan selamat becuti2 di hujung minggu...:-)


GULAI LEMAK NANGKA & UDANG

Bahan:
500 g Nangka Muda ~ bersihkan, direbus sehingga empuk dan toskan airnya.
10 ekor udang/ikan bilis (atau secukupnya)
6-8 biji cili api di tumbuk
1 sdb lada hitam tumbuk
2 batang serai di titik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping/gelugur
600ml atau secukupnya santan kalau pekat tambah le air sikit
Garam dan gula secukup rasa.

Caranya:
1. Masukkan nangka muda yg telah direbus, campurkan sekali bahan yg ditumbuk, serai, kunyit, asam gelugur dan santan ke dalam periuk. Kacau rata dan masaklah dgn menggunakan api yg sederhana.
2. Kuah hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak
3. Apabila mendidih, masukkan udang, garam dan gula secukup secukup rasa.
4. Bila udang sudah masak bolehlah diangkat.



Khamis, Mei 17, 2012

Pisang Muda Masak Lemak


Assalamualaikum....hari ni masak lauk kampung  pulak...ada pisang muda sesikat...buat masak lemak  mmg sdp...lawan pulak sama sambal belacan dan ulam2.....lemak pisang sy rencah kan sama ikan bilis....tp kalau  ada udang basah pun sdp kan....lauk2 cam ni kalau ada geng lg best mkn betambah2 di buatnya :-)....


PISANG MUDA MASAK LEMAK

Bahan :
Sesikat pisang muda ~ Celur dulu pisang dan kulitnya..kemudian toskan
1 biji kelapa parut
Segemgam ikan bilis/udang basah
1 inci kunyit hidup
8-10 biji cili padi
(ikut suka)
1/2 sudu lada hitam tumbuk ~ ikut suka
3 batang serai di titik
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Caranya :
1. Siang,celur dan toskan pisang.
2. Tumbuk kunyit hidup dan cili api sehingga lumat.
3.Perah kelapa parut dan ambil santan yang pekat saja. ( 1 mangkuk)
4.Satukan santan, ikan bilis, serai yang telah di titik dan bahan yang ditumbuk. Didihkan di atas api sambil kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
5. Apabila mula mendidih masukkan pisang yang telah di celur sebentar tadi dan juga garam secukup rasa.
Masak hingga kuah agak pekat dan angkat. 

 kuah buat pekat lg sdp

Khamis, Mac 01, 2012

Rendang Pucuk Ubi


Salam besiaran di hari petama bulan ketiga..kejap aja masa belalu tutup2 dah sampai Mac....  tahun lepas saya tegah menghitung hari di kala masuk bulan Mac.....sedar x sedar si kecik pun nak masuk setahun bulan ini...syukur melayan telatah nya yg semakin melasak...tp menghiburkan hati ku...di kala semua ke sklah sekecik nilah jd peneman mama,  kan sayang :-))...
Ok bebalik pada manu tegahari ni sy masak rendang pucuk ubi..hemmm lama bebenau x mkn rendang ni....kalau beli pucuk ubi pun buat masak lomak atau celor aje cicah gan sambal belacan...adalah  kemarin jalan2 melawat dapur Kak Anim tetiba tesesat masuk bilik hahaha... jumpalah resepi rendang pucuk ubi..terus bekenan......pg tadi sah2 npk pucuk ubi terus le tepikir nak buat....ikut kan yg saya pernah mkn rendang ni kena betul2 kering lg sdp dan boleh simpan lama..tp yg buat sendiri ni sekadar nak mkn ank berana buat x lah kering pun....sedang2 aje lembab nya....rasa jgn ckp le mmg sdp empok..pucuk ubi dah di masa lama tu yg lembut...saya masukan sekali daun kunyit..bg ada rasa wangi rendang... sdp mkn sama nasi putih panas2 dan ada ikan grg ...cukup leeeee...kalau rajin cuba yeeeee


RENDANG PUCUK UBI
Resepi: anymz-mykitchen

Bahan:
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
Santan dari 3 biji kelapa atau
Santan segar rm 4
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup

 Nak lg merah tambah cili mcm yg Kak Anim punya..dan biarkan kering baru sdp...

Cara:
Sediakan kuali
Masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
Kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana
Bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
Kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
Dah siap dan sedia untuk di hidangkan. 


Rabu, Januari 11, 2012

Masak Lemak Pucuk Manis & Labu


Salam besiaran...hari ni n3 lauk sayur jeeee ..sayur pucuk manis sdp di masak lemak atau masak tumis air , ada setegah org panggil pucuk asing-asing....kira sama je tu....nak lawankan sama keledek, kentang atau labu pun sdp....hari ni sy campurkan sama labu..hem mmg beselera mkn nak pulak ada sambal belacan ...

Masak Lemak Pucuk Manis & Labu

Bahan
Pucuk manis 1 ikat - asingkan daun dgn tangkainya
labu 1/2 biji -
2 biji cilimerah/hijau
3 ulas bawang merah
1/2 cawan ikan bilis
 2 cawan santan
garam
Caranya
Siang pucuk manis & potong labu - cuci dan toskan...
Hiris cili  dan bawang
Tumbuk ikan bilis kasar
Campurkan santan dalam periuk, cili, bawang dan bahan tumbuk n letakkan atas api, santan ikutlah agak2 lebih sikit dari paras sayur & labu, tambah garam
Kacau selalu janggan sampai pecah minyak,  hingga labu dan sayu masak


Jumaat, November 18, 2011

Masak Lemak Pucuk Labu & Labu


Assalamualaikum salan besiaran di hari jumaat yg indah... utk manu tghari ni n3 lauk masakan kampung yeeee hemmmm kalau kena lauk2 kampung mmg mkn sampai betambah2... nak pulak ada sambal belacan hem membangkit selera.....pucuk labu ni beli sepeket dlmnya byk juga... duan pun cantik dan segar..sepeket RM 1.50...kalau nak masak begitu saja pun sdp juga....tp saya masak sama buah labu sekali baru kena....kalau nak rencah kan sama udang hidup atau ikan bilas pun sdp..sebelum masak sayur labu ni daun nya kena di gelek2 kat tapak tangan dulu bg lembut biasa npk mak buat mcm tu...jd sy pun ikut jelah.....lauk ni saya meratah aje...ok jempun mkn tghari sama lauk kg...


Masak Lemak Putih Pucuk Labu
Resepi: Rossitamz@MyR
Resepi : Kak Rose

Bahan2
2 cekak pucuk labu
1 biji cili merah - dipotong serong nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar udang kering - ditumbuk sedikit
3 cawan santan
Garam dan perasa secukupnya
(kak rose omit bawang putih tp tambah bawang merah lak...) 

Cara-cara
Bersihkan pucuk labu, basuh dan toskan - sebelum msk sy gelek2 dulu daun nya ketapak tangan bg lembut
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecuali pucuk labu. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pucuk labu dan masak hingga pucuk labu lembut. Tambah garam dan perasa secukupnya. Siap!!

Jumaat, Oktober 14, 2011

Masak lemak Kambas


Assalamualaikum salam besiaran di hari jumaat...somaga ceria2 selalu....manu tghari ni masak sayur kambas....kemarin lalu dapur Kak Anim npk le lauk lemak kambas berudang, sungguh menyelerakan...saya pun ada beli kambas dua biji..ingat nak masak tp lauk2 yg lain dah cukup..so hari ni baru lah ada kesempatan nak masak,,,takut simpan lama x elok pulak kambas tu....biasa saya masak buat grg tumis dan pecah kan telur...ni nak cuba yg bekuah....masak rencahkan dgn ikan bilis...tp kalau dpt udang hidup yg mcm Kak Anim masak tu lg sdp terasa manis air udang dlm kuah lemak.......utk x nak bg pahit kambas ni saya potong dan rendam besama 2sdb garam selama 1/2 jam..pastu basuh dan toskan...ok jemput mkn smeua...


Masak Lemak Udang dan Peria/Kambas
by : anymz mykitchen
Resepi: anymz
bahan2
1/2 kilo udang di buang semua kulit-bersihkan. belah belakang dan cuci bersih
santan dari 2 biji kelapa atau santan segar 1/2 kg
1 senduk cili api yg siap di kisar-tak suka pedas???-kurangkan-
1 batang serai di titik
1 batang kambas-di buang biji di hiris halus dan rendam dgn air garam
3 keping asam gelugor
garam secukup rasa.

-Sheila rencahkan same ikan bilis ssb udang x ada
 
cara
masukn cili api,asam gelugor,garam,serai dan santan ke dalam periuk.
toskan kambas yang di rendam tadi-ketepikan
kalau gunakan santan segar tambah 2 atau 3 cawan air.
kacau hingga mendidih.
masukn udang dan peria.
rasakan garam
masak hingga peria empuk
sedia untuk di hidangkan


Isnin, September 19, 2011

Bening Betik


Salam besiaran di hari isnin...pehhhh sejuk...pagi2 dah hujan...ni pun masih ada lg gerimis yg mengundang....sejuk2 ni best melepak....ok nak bg panas badan sy masak manu tegahari dgn masak bening betik...kira muda x muda...lah betik tu...tp boleh lah di buat sayur....sdp tau lauk bening betik ni ...mak sy dulu2 pun rajin masak mcm ni....kekadang sy meratah je sampai hirup2 kuahnya...nak pulak lauk ni sy lawankan same sambal belacan dan ikan masin pehhhh...resepi ambik dari dapur CMG tq yeeee sdp.... nnt buat kenduri atau makan2 leh lah masak lauk kg mcm ni lagi....simple kan...




BENING BETIK
Resepi By : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk kasar
2 helai daun kunyit, disiat2
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci bah betik bersih2, kupas kulit, buang biji, belah beberapa bahagian dan hiris sederhana tebal bagi setiap belahan. Ketepikan.
  2. Tuang air dalam periuk secukupnya, masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan kiub ikan bilis. Masak hingga mendidih dan masukkan betik. Tambah lada hitam, sedikit gula dan garam secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan masak hingga betik lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin....Hmmmm, leh pingsannn uuuu!!!!!

titikan serai bagi wangi















Khamis, Julai 21, 2011

Pajeri Nenas


Salam besiaran.....utk lauk tghari ni masak pajeri nenas...npk nenas ka lg....ingat nak mkn gitu saje cicah sambal kicap.....pikir balik baik buat lauk semua boleh mkn.....ok hari ni x leh nak celoteh pjg... layan dulu pajeri ni yeeee.. tuan rmh nak sambung balik kerja yg x habis kesudahhannya.....


Bahan-bahanya
1 biji nenas
2 sudu besar serbuk kari - dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
3 ulas bawang merah- kisar
3 ulas bawang putih- kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering - tumbuk kasar
2 cawan santan
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji cili merah dibelah dua

Caranya.
1. Potong nenas ikut suka , jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan santan, kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, cili merah, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Khamis, Mac 03, 2011

Begedil Kentang & Ayam

Salam sejahtera semua...dah lama nak buat tapi asyik tetangguh aje kalau buat begedil ni mesti ada lawannyakan...ok apa pun kita siapkan begedil dulu..sure ada yg pjg tagan nak ngap masuk mulut heheheh
Taraaa dah siap tunggu nak goreng jeeee
Bahanya
1 kilo kentang - 5 biji
1 cawan isi ayam
Daun bawan/daun sup cincang
Sedikit gula, garam, lada sulah dan serbuk pati ayam
Telur yg di kocak
Caranya
Kentang di kupas kulit belah empat dan rebus hingga empuk
Bila dah empuk toskan, sejukkan sebentar
Lecek kentang higgga halus gaul dgn isi ayam dan kesemua bhn2 diatas hingga sebati
Bolehlah di bulat2kan ikut cita rasa masing2
Panaskan myk dan celup begedil dalam telur yg di kocak tadi grg hingga keemasan
Bila siap toskan

Isnin, Februari 21, 2011

Kambas Goreng Kunyit

Salam utk semua kekawan..ceria selalu ye di pemulaan hari isnin...lauk tgh hari ni simple saje tapi ttp selera...kambas grg kunyit, sdp x pahit, ank2 pun suka, potong nipis dan rendam dulu dgn air garam dlm 2 sudu selama 15 minit sure x pahit punya..ingat nak buat mcm kat kedai mamak tu grg dgn daun kari dan biji sawi..mls pulak nak gi kedai mencari...yg penting grg mcm ni pun tetap laku...
Bahan
1 biji kambas yg sedang - sy buat dua biji sbb nak meratah
1 cawan santan
*1/2 cawan ikan bilis/udang kering/udang hidup(x payah tumbuk)
* 4 biji bawang merah
* 4 biji bawang putih
* 1/2 inci kunyit
1 biji cili merah - mayang
1 labu bawang merah - mayang
Garam, gula perasa
Caranya
Potong kambas bersihkan dlmnya dan rendam dgn air garam selama 15 minit
Bahan yg betanda * di tumbuk
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk
Bila dah layu masukan santan
Toskan kambas yg direndam tadi dan basuk seketika
Masukan dlm tumisan, gaul sebati biarkan kambas empuk
Masukan cili dan bawang merah yg di mayang, serta perasa
Boleh juga di grg besama telur
Pada yg tanya mcm mana rupa sayur kambas ini lah rupanya, biasa byk jual kat pasar...

Jumaat, Februari 18, 2011

Gulai Lemak Labu Kuning

Salam semua, santapan tegahari lauk gulai lemak labu,Fv sekeluarga ni, kalau ada pucuk manis@pucuk asing-asing, pucuk labu lagi sdp dilawankan dgn labu ni, ada udang hidup lg betambah sdp..yg ni campur gan kacang pjg dan rencahkan same ikan bilis...meratah je sayur labu tu...jemput mkn tghari same..
Bahan
Sebiji labu - 1/2 biji aje buat dah cukup
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci kunyit hidup
*3 biji cili api - nak pedas boleh lebihkan
Kacang pjg,pucuk manis,bayam meranti,pucuk labu - sayur ikut pilihan anda
Udang basah/udang kering/ikan bilis - sy guna segengam ikan bilis
3 cawan pati santan pekat - sebiji kelapa
Daun kunyit simpul/serai titik
Garam/gula
Caranya
Labu dibelah dan buang kulit bersihkan dlmnya
Tumbuk semua bahan yg betanda *
Dalam periuk satukan labu & bhn tumbuk renehkan dgn air supaya labu lembut jgn sampai hancur
Agak-agak labu dah lembut masukan santan pekat, daun kunyit/serai titik, kacang pjg dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak
Tambah grm, gula dan perasa
Bila dah didih tutup api

Selasa, Januari 25, 2011

Terung Goreng Besambal@Terung Goreng Belada

Salam semua..lauk fv sy...sayur terung, suka buat grg besambal atau belada... mana2 pun same je...yg ni grg asing dulu terung tu baru buat sambal dan sambalnya curah kat atas terung grg tu... biasa buat terus masuk dlm sambal sekali...rencah sambal tu letak ikin bilis tumbuk....kalau ada lebihan sambal tu leh simpan nnt boleh buat rencah utk nasi grg pulak.....Layan
lauk biasa2 je hari ni, jemput mkn tegahari...............

Khamis, Januari 06, 2011

Pajeri Terung

Salam semua...hujan yee pagi2 lagi, lena tidurkan heheh biasa tu time musim hujan cam ni nak buat apa pun berat jerasanya...apa pun tugas harian kena di bereskan..ok le harap x jemu dua hari pekena manu terung, hari ni terigin sagat nak mkn pajeri.. memandangkan ada lagi dua biji terung pjg tu leh le buat....

Bahannya
*3 ulas bawang merah - di tumbuk
*3 ulas bawang putih - di tumbuk
*1 inci halia - ditumbuk
*2 sdb udang kering - di tumbuk
1 peket kecil kari ikan
2 sdb kerisik
3 cwn santan
Terung panjang/nenas/kedondong/pauh - pilih yg mana bekenan
kayu manis, bunga lawang,buah pelaga, bunga cengkih
Garam/gula

Caranya
Panaskan minyak tumis bahan yg betnda * dan Kayu manis serta kawan2nya tumis hingga naik bau
Masukan rempak kari ikan tumis sebati
Masukan santan, kerisik dan kacau
Akhir sekali masukan terung yg di belah , garam dan gula masak hingga terung empuk dan kuah pekat
Pajeri ni kalau sudah masak semalaman baru sdp makan sbb rempah2nya dah sebati...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More