Khamis, Disember 27, 2012

Light Cheese Cake


Salah satu kek yg mmg dah lama nak cuba..mcm kek Rv juga..tahan2 dulu nak buat sbb byk takut kalau x menjadi....tabahkan hati, kuatkan hati juga ni masa nak memulakan proses.. pahamkan betul2...malu ahhhh...tp bg tahu x salah kan ..salah satu pembelajaran jugak ni...maklum le pengunaan bhn2 nya x nak bg membazir tu yg kena betul2 buat....bila dah susun satu pesatu bhn nak guna dan asingkan utk step2 lg senang x lah kelam kabut....apa lg mulakan operasi...tq ada HaSue sbb kongsikan toturial buat Light Cheese Cake...hemmm amat mudah....kek ni gebus dan ada basah2 tu yg x thn heee dap dap :-) seperti yg tuannya kata pandai le2 nak letak inti fillling atau perasa ape...sy biar kan light je dlmnya dan atas tu saya letakan jam strawberry.....mcm ni pun dah cukup nyamm nyammm....next boleh buat lg dgn bebagai rasa....tq sekali lg HaSue



LIGHT CHEESE CAKE..
Resepi : HaSue
Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

utk cara2 nak kepastian boleh masuk Sini ye..lg senang boleh paham ada toturial sekali

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


12 ulasan:

INA berkata...

wah cantik naiknya kek nie kak..suka3x

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Cantekk elok kejadiannya shiela..
macam akak juga .. mula2 mesti takut nak cuba... bila ada keberanian.. tekad jer buat kan :D

zila norazila berkata...

cantikk dah lama akk x buat la..nampak sedapp:)

Amie berkata...

Cantiknya! Nampak mulus sekali! Rasa nak cungkil je skrin...ambil sekeping!

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Ina heee tulah akk negok pun teperanjat cantik naiknye sama rata...rupanye snn aje bila dah buat...sdp mmg sdp gila

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Yatie hee cantik mcm sayang nak belah...sama ye kita kak...kena tunggu lama baca betul2 baru buat ..dlm hati ada rasa ragu2 kan..apa pun allhamdullilah menjadi...

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Zila..he 1st cuba,,npknya next bat kena lah letak filling pula urk bg adarasa dlm tu...heee

Sheila Shafeareen berkata...

Hai kak Amie mmg gebus halus mulus..kek ada basak sikit..tu yg terasa nikmat bila mkn heee

Unknown berkata...

best jugak yg light ni Sheila kan tak banyak guna cream cheese boleh di cuba ni mesti sedap kan sbb nampak dari tekstur nya macam lembut sngt kan

Rohah berkata...

betul2 gebu ni kak, menjadi..sedap errr..

Sheila Shafeareen berkata...

hai Kak Nooriah betul tu yg plan mcm ni mmg sdp..mmg sdp lembut dan ada basah sikit..tp x muai...kejap dah habis

Sheila Shafeareen berkata...

hai kak Rohah mg syok layan sdp boleh buat lg ni....alhamdullilah menjadi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More