Memaparkan catatan dengan label Kuih Talam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Talam. Papar semua catatan

Khamis, Mac 07, 2013

Kuih Seri Muka


Salam sejahtera di petang khamis...lama rasanya x buat kuih-kuih basah...kebetulan ada lg beras pulut yg buat pulut mkn sama rendang tempuhari...pg td pun dah pikir2 nak mkn apalah ptg ni...terus teringat kat kuih seri muka ..hemmm salah satu kuih fv si ank dara jugani...tang bahagian atas tu kali ni telemak sikit tp sdp pulak...malas nak godek2 :-) masih mengunakan resepi yg sama ada di sini... tp masa buat yg 1st tu tang bahagian pulut saya hijaukan, dan bahagian atas saya kuningkan sikit..apa pun resepi bancuhan tetap sama dgn yg ni :-)


SERIMUKA PANDAN

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air 
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2". (Since Ayu cuma buat 1/2 adunan , I gunakan loyang 8" aje)

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor>>kita tak semuakan ikut kemanisan yg disukai :D
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan )>>same2 :D
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.


Selasa, Januari 29, 2013

Puding Kasted Santan@Puding Kasted Jagung


Assalamualaikum Seranok ke cuti...kita pun x gi mana2 hanya jln2 dekat2 je...kuar mkn2 sama family jeeee...hari ni rutin harian mcm biasalah ye...oh lupa lah jumaat ni cuti lg bg Wilayah Pesekutuan, yg duduk area WP tu kerja & sekolah tiga hari je leee utk minggu ni...yee cuti lg x payah gosok baju....:-) n3 kuih utk minum ptg kita dah siap...lama tau x mkn kuih puding jagung ni..padahal bahan2 nya senang aje...resepi dari rakan di FB Kak Mai Zura..tq yek.... kuih ni kita buat pg td so sesuai le buat mkn ptg...kuih pun lembut...suka rasa jagung sdp lemak manis...kuih yg sdp pasti cepat habis...:-D


PUDING KASTAD(santan)

Resepi : Dapur> Mai Zura
Mai Share ReCipe (FB)


Bahan:
2 cwn tepung birds custad
2 cwn gula pasir-klu x suka manis kurangkan sikit
6 cwn santan-biasa
1 cwn jagung manis(dlm tin) klu lebih lagi sedap..

Cara:
Satukan kesemua bhn2(kecuali jagung)-kacau-rata-
sampai gula & tpng x bergentil2.
Tapis masukkan dlm periuk ,masukan lah jagung.
Masakkan..lah.. atas api yg sederhana..kacau2
sampai pekat..
Tuangkan dlm acuan/loyang--biarkan sejuk dulu
baru di potong..





Selasa, Disember 04, 2012

Seri Muka Berlauk


Assalamualaikum...dah lama nak cuba buat kuih seri muka berlauk...kalau ada pulut tentu sdp mkn sama lauk aym atau dgg kan?....dah biasa mkn cara berlauk tentu tau rasanya...so godek2 alhamdullilah menjadi juga,,,peh sdp bagai di kata gabugan pulut besama lauk ...beketul2 habis masuk mulut....resepi nya sama mcm buat seri muka biasa tu cuma atasnya di taburkan lauk je....tp nak rasa kena lah rajin yeee tumis lauknya telebih dulu...jom negok resepi....


SERI MUKA BERLAUK


BAHAN UNTUK INTI

200 gm daging kisar - Sheila guna isi ayam cincang
2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong
Garam dan sedikit gula

Untuk lapisan atas(Kuning):
2 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
100gm gula (secukup rasa)
1 cawan air
Secubit garam

Untuk lapisan bawah (pulut):
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut
Secubit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur
Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Setelah siap...angkat dan ketepikan

LAPISAN UTNTUK PULUT: Cuci beras dan rendam lebih kurang setengah jam. Toskan dan masukkan beras, santan cair dan garam ke dalam loyang dan kukus hingga beras kembang dan masak.
Loyang atau bekas plastik yang nak dipakai untuk mengukus tu boleh disapu dengan marjerin skit supaya kurang melekat. Balut tudung kukus dengan kain bersih supaya wap air tu takkan jatuh atas kuih yang dikukus.
Bila pulut kukus dah masak mampatkan dalam loyang atau bekas plastik/acuan menggunakan senduk yang dibalut dengan plastik. Tekan supaya bebetul mampat tau.

LAPISAN UNTUK KUNING: Dalam bekas satukan bahan tepung jagung, tepung gandum, tepung kastad, santan pekat, air dan secubit garam. Kacau sebati dan tpis, tuangkan ke atas pulut yang dimampatkan tadi dan kukus dlm 20 minit dan tabur lauk inti rata2 kemudian sambung kukus lg semula selama 25 minit.
Lepas kukus tunggu sejuk baru boleh potong.






Jumaat, November 09, 2012

Talam Roti lapis Coklat


Assalamualaikum  semua, singah di petang jumaat....pukul 10pg td sempat kukus kuih utk minum ptg...tak cuba x tahukan...hemm mula tu bayangkan dulu macam ne lah rasa kuih talam letak roti...ada rasa roti ke, masam sikit ke,...maklum le kekadang kalau resepi yg letak roti ni ada rasa lain sikit...pastu baca ulang2 oooo ada letak koko...hemmm boleh lah cuba.....taraaaa  siap tunggu betul2 sejuk..x lah sejuk mana pun kira ada suam2 jugak leee :-) baru potong2 hemmmmm negok dari hasil kejadian cantik, lembut....time utk merasa..hemmmm mmg sdp juga kuih ni.....angapan sebelum ni salah lah heeee.. kuih ni ada rasa lemak, manis, dan rasa coklat yg enak...ank kata lain kali mama kena banyakkan lapisan coklat lagi betambah2 sdp...amboiii yg 3 lapis ni pun dah kira sdppp tau :-)...cantik x ada ketul2 roti sbb di kisar halus...mula tu takut juga kot kuih ni keras...tp mmg elok sukatanya......negok rakan yg lain pun ramai dah menerai...sy ambik resepi dari dapur Kak Yatie...tq



Talam Roti Lapis Coklat
Resepi : Kak Wan
Sumber : YatieMemoriest

Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji) - Sheila pakai loyang
- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.
- Sheila sama macam Yatie buat dua adunan 


Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Mmg sdp kuih ni adunan roti kisar halus...enak dgn rasa coklat.


Isnin, November 05, 2012

Kuih Kukus Bawang Goreng


Petang isnin yg hujan.. sejuknya nak mandi pun jadi malas heeeee takut air sejuk kikiki :-).....n3 kuih yg beberapa kali buat ada di sini...pehabiskan bawang goreng tempo hari lebihan buat Tauhu Anura...nak simpang lama takut tegit pula...kekadang lebihan2 yg kita simpan lama pun bukannya elok...lainlah kalau ada pegawit....kali ni sy buat x letak pandan  biarkan kosong tp rasa tetap same....lembut jee masuk ke mulut nak pulak tabur bawang goreng lebih pehhhhh syok mkn....kuih ni ada lemak2 manis....sesuai buat minum petang, makan kenduri atau buah taggan kerumah rakan.....



KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.


Khamis, Oktober 04, 2012

Kuih Talam Gula Merah


N3 kuih pula..hemm buat tengahari semlm, bila kuih dah sejuk... di sajikan utk sarapan petang...kuih ni kira pestime buat...ketinggalan kan kan kan heee biasa beli jeee...negok rakan Fb Hafizah Yahaya dok tayang kuih talam ni, tu yg terus teruja...g kedai cari santan  & gula merah...selama ni bukan apa x nak buat..takut x menjadi telembik...negok resepi baca betul2 baru ada yakin..alhamdullilah menjadi jugak..bila di potong2 pun cantik je x melekat..resepi asal dari Kak Hanieliza...tq


KUIH TALAM GULA MERAH
Resepi : Chef Hanieliza

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.


Rabu, Februari 15, 2012

Talam Roti Paun


Salam besiaran...dah petang  yee, kejap aja masa belalu...lepas solat Asar sebentar td...kita pun hidangkan juadah utk minum ptg ...dah sejuk boleh di potong..taraaaaaaaaaa ini lah hasil rupanya....hemmm tebal ....kukus dlm bekas yg kecik sikit....apa nak kata mmg sdp...gabugan roti paun dan rasa coklat...lapisan yg tegah tu saya segaja tambahkan sikit serbuk koko...dan bahagian atas tu masih sama...beombak2 pulak jd nya...... negok pada gaya nenek yg mkn banyak..kuih ni pun lembut sesuai le utk org tua2..ada roti kenyang bgnya........mana yg x mencuba lagi boleh le buat ye ....buat utk sarapan pagi pun ok juga....

TALAM ROTI PAUN
Resepi : Chef Asma.
Sumber : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku


Bhn utk Lapisan Bawah :
13 keping roti putih Gardenia - di carik2
2 biji telur
50 gm raisin - Mas pun mcm kak Yatie, tak letak
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
150 ml santan pekat300 ml air
1/4 sk vanilla essence

Cara membuatnya : Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut).
Masukkan dalam loyang 10x10x2" (Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik).
Kukus selama 25 minit.
Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.

Nota : Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan airguna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah



Bhn utk Lapisan tengah :
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
 Bhn utk Lapisan atas :
1/2 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula halus
1/4 sk garam
1/8 sk vanilla essence
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna kuning @ oren (tak letak pun takpe)

 Cara membuatnya :
Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
Masak jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.








Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More