Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Rabu, Januari 30, 2013

Donat Becoklat


Salam besiaran di petang rabu...wah dah dua hari sarapan petang dgn kuih muih...esok entah le rajin ke tidak...sebenarnya donat ni kemarin saya dah buat...tp goreng separuh masak je dan di frozenkan...jadinya bila2 masa boleh goreng balik dan mkn...ank2 pun dah pesan hari ni nak donat yg becoklat...jd tehasillah donat becoklat utk sarapan petang...yg satu tu saja taburkan dgn serbuk badam..bg ada rasa lemak2 sikit... adunan donat ni sy dah beberapa kali buat, resepi dari sifu saya Cikgu Zalin...cikgu kuih ni cantik manis org nye.. suka ke blog beliau sbb cikgu ni x lokek ilmu..segala petua di turunkan..petua buat kuih leee..jom layan resepi....


Resepi Donat Versi Zalin

Bahannya
500gm tepung gandum (tepung murah pun takpe..suka pakai tepung cap cempaka..)
50gm gula pasir
50gm margerin (suka pakai margerin pelangi..murah je..)
1 biji telur
1 1/2 sudu kecik yis kering (suka pakai mauripan..)
1 sudu kecik garam halus
1 sudu kecik baking powder
2 sudu kecik tepung susu (susu tepung anak umur lebih 1tahun pun boleh guna...susu Anlene takleh ye..)
250ml air suam (jangan panas sangat nanti yis mati..)

Cara-caranya:-
1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)
2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..

Utk Topping Coklat
1/2 buku butter
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu serbuk koko
Satukan dlm mangkuk butter & susu pekat kacau sebati kemudan masukan serbuk koko kacau lg bg sekata
Guna kaedah double boiler sampai adunan bekilat
Bila donat dah hampir suam bolehlah di celup separuh pada coklat


Ok korang...Selamat Mencuba ye...boleh buat bekal anak2 ke sekolah :)



Rabu, November 14, 2012

Ayam Tandoori & Roti Naan Goreng



Besua kembali...n3 manu semalam...x ada kena megena dgn sambutan perayaan deepavali semalam yee...saja buat nak getest jadi ke tidak....nasi dan lauk kari tetap juga masak...cuti2 ni penghuni rmh kan ramai heee...alhamdullilah jadi juga sdp aym nya sbb sy perap lama....harum bau bila dibakar...roti nan pun cantik menjadi kembung dan lobang di dlm...roti walau di goreng tp x berminyak...3 keping mmg kenyang....cuma x sempat nak buat sos pudina kalau ada lg syok mkn....resepi roti nan goreng ni kawan blog Yatiememories pun dah pernah buat....resepi asal dari Kak Fida MyR....tq Kak sy dah try....


ROTI NAAN GORENG
Resepi : Kak Fida MyR
Sumber : YatieMemories

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
2 sk baking powder-diayak
2 biji telur
1/2 sk garam
150 ml air- (10 sb)
3 sb susu manis
minyak masak untuk goreng terendam


Cara-cara
Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.

AYAM TANDOORI
Resepi: Sanjay-Vahrehvah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
6 ketul peha ayam dicuci bersih dan toskan
chat masala secukup rasa (jika suka) - sy x letak
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp garam masala
Pes halia dan bawang
1 tsp daun fenu greek - sy tak letak
1 tbsp perahan air lemon
2 tbsp minyak makan
1 tsp serbuk lada putih
1 tbsp serbuk cili - mengikut kepedasan masing-masing
1 tsp pewarna merah - jika suka 
1 tsp garam
1 tsp garam masala
6 tbsp yogurt



Caranya:
Dalam sebuah mangkuk sediakan bahan untuk diperap ayam itu. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, kastoorimethi (daun fenu greek), serbuk kunyit, garam masala, sedikit pewarna merah diratakan pada pes tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, yogurt dan gaul rata.
Ambil ayam yang diperap sebentar dan gaulkan dengan pes yang didalam mangkuk tadi.Ratakan pes pada keseluruhan ayam dan celah-celah belahan nya.
Panaskan oven ke 425 darjah Fahrenheit. Masak selama 20 hingga 35 minit sehingga ayam lembut. Keluarkan dari oven, hidangkan semasa panas, taburkan dengan bawang hiris dan perahkan dengan air lemon.

nak mkn perahkan limau


Khamis, April 12, 2012

Roti Bawean@ Roti Boyan


Salam besiaran sekali lagi... n3 utk lunch hari ni..x ambik nasi pun ..mkn roti berinti, kiranya cicah sama sambal tumis ikan bilis..  1st  tahu ada roti ni ....ketinggalan zaman tul hehehe..kira ramai le juga kekawan yg dah menerai buat....memula negok mcm karipap besar aje..pastu baca resepinya ada le lain sikit....semagat nak tahu rasa dan mencubanya pun datang.....cara nak buat lebih kurang mcm buat karipap aje buat ropol kelim yg same...cuma kena gayakan ropol  keliling roti yg besau tu bepusing tangan di buatnya...rasa inti kentang yg sangat sedap, kulit pun rapuh dan cepat garing kalau nak mkn begitu saja pun boleh tp lebih sdp mkn same sambal tumis...baru ada rasa pedas.....hem dapat dua potong pun dah cukup kenyang....resepi ni kita dok jelajah rmh Kak Madihaa...jumpa terus bekenan nak  menerai rasa,  ok nak lebih tahu cara2 buat nya sila le ke dapur Kak Madihah ye kat situ ada tunjuk step by step pembuatan roti bawean........ roti ni juga sesuai buat utk sarapan pagi dan  sarapan petang....


Roti Bawean @ Roti Boyan
Sumber : Kak Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3)
Diadaptasi & ditulis semula oleh : MaDiHaA a.k.a. Ratna

Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp  air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder
½  tspn gula
¼ tspn garam

Bahan2 Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (MaDiHaA belah 4 supaya cepat empuk)
4 biji telur ~ direbus & buang kulit  
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa

Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti

letak inti di pemukaan roti dan ratakan


Kelimkan mcm buat ropol karipap

Cara2 menyediakan

1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus.  Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa.  Ketepikan sebentar.
2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli.  Campurkan garam & gula & gaul rata.  Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas.  Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3.  Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji.  Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap.  (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!).  Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. (sila rujuk gambar). Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi & ratakan seperti dalam gambar.  Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi & tangkupkan di atas inti tadi.  Kemaskan bahagian tepinya & kelim tepinya seperti anda mengelim karipap.  Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji Roti Bawean.
5.  Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan.  Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan.  Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.   (MaDiHaA terbalikkan menggunakan penyepit makanan tanpa gerigi.  Jika guna sudip bimbang minyak terpercik pulak) JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS &  MENTAH DIDALAM.  Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
6.  Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.

 Sambal tumis ikan bilis aje


Rabu, April 11, 2012

DONUT MALUS DOMESTICA @ Bakar & Goreng


Salam besiaran di pg rabu...dan selamat becuti pada rakyat M'sia... pada yg kena bekerja tu selamat le menjalankan tugas ye..mcm ibu2 dirumah mmg x ada cuti, tugas ada sepanjang hari kalau cuti pun cuti yg di rancang hehe....ok cuba dan cuba ..x salah mencubakan ...bebagai jenis resepi ada di pasaran skrg hehe.. amboiiii..kali ni nak menarai resepi dua dlm satu pulak... mencuba dunat yg di bako pulak mcm ne rasanya dan rupa...hemmmm cantik naik kembung bam bam jadinya...bila di bakar cantik pemukaan...rasa byk pada kerotiyan dan kurang minyak...yg di goreng mmg rasa cam dunat leeee tetap sdp...kira dua2 pun boleh lah bakar dan goreng di dlm satu adunan...tp hehehe yg di bakar tu sdp di tabukar gula di atasnya baru ada manis..kalau tidak rasa ada sikit tawar...resepi adunan asal dari TTM@Tim...ider dibako dtg dari K.Amal dan resepi kita ambik dari rmh yg telah di cuba oleh Hana... dan Ika juga dah cuba resep ini


yg di goreng sdp pulak tabur bijan

DONUT MALUS DOMESTICA
Bahan-bahan
  • 80g@1/3 cup melted butter
  • 2 eggs
  • 1 1/2 tsp salt
  • 3 tbsp sugar
  • 600g@4 cups bread flour
  • 2 tsp yeast
  • 300ml air suam
Method
  • Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting:Dough.
  • Kalau uli tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).
  • Satukan bread flour, salt and sugar.
  • Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter. Pastu tuang yeast.
  • Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam
  • Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.
  • Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.
  • boleh laa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.
  • UTK DONUT BAKAR - Panaskan oven suhu 170. Sapukan permukaan donut dengan susu segar+madu+telur. Taburkan dengan gula. Jika suka buh bijan sangai kemudian spray sebentar. Bakar selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.
rupa yg di bakar jd roti donut

yg di goreng jd gebu dlm nya

yg di bakar ni nak lg sdp sapu susu pekat dan taburkan gula baru ada rasa manisnya

Sabtu, April 07, 2012

Pain au lait: Delicious mini milk bread


Salam besiaran di hari pg sabtu hemmm siap tugas lega rasanya, time cuti2 ni nak rehat jugak....kerja pun semua dah sattelkan sebelum masuk tidur mlm tadi...kemas, sapu, moop, susun mana yg sepah2 tu hemmm ada kerja ada gaji ke...wahhhhh ...jadinya pg ni kita x byk kerja lah sangat...... sarapan utk pg ni pun mlm td siapkan..sambil bekeja megemas, sambil tulah oven bekeja juga....amboi2 cik bos kata sejak dua tiga menjak ni bukan main pakai leterik melebihi hat npk?  ahmmmm ahammm kena sount dahhhhh...ehhh cik bos pun tumpang sekali ngam jugak kannn....kita kenakan balik kikiki...dlm mkn2 pun puji jugak sdp nya roti...mana taknya  roti yg sangat soft dan sweet... rugis pulak buat sikit konon nak menerai leee jadi ke tidak :-)...kejadiyan yg amat cantik gebus garing atas bawah...kita guna susu segar dlm kotak tu..suka pulak kat resepi2 yg ada step by step...mcm2 gaya roti yg di tunjukan oleh Pook San...ok nak negok cara2 buatnya masuk le ke rmh beliau yeee....ok milo panas dah bancuh apa lg jom sarapan...

sebelah bawah cantik garingnya

Pain au lait: Delicious mini milk bread
Recipe : Pook San

230g ............................... All purpose flour
60g ................................. Bread flour
125g ................................ Whole milk
4g .................................... Instant yeast
50g ................................. Egg (about 1)
38g ................................. Sugar
5g ................................... Salt
63g ................................. Unsalted butter
........................................ Pearl sugar, for sprinkle at the top ~ sheila guna gula biasa
Nak lg mudah membuatnya ada step by step yg di tunjukan
Mix the milk and yeast together, set aside.


Put the bread flour and sugar in a bowl, whisk to combine, add the salt whisk again. Pour the liquids mixture and egg into the bowl.
Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together.
Take the dough out of the bowl and knead.

Knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself (see the picture here). Until all the dough are moisten.

Add the soften butter, give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.

Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny, the dough will stop sticking to your hand.
Cover the bowl with a tea towel  or cover with the plastic bag and leave the dough to prove for about 30 minutes.

Preheat the oven to 210°C
 
Gently press down the dough and cut the dough into 10 pieces, let the dough rest for 15 minutes. Use a rolling pin to roll the dough into a circle, about 8 cm. Fold the dough and roll into a small batard.
Cover the shaped dough; let rise until almost doubled in volume, about 30-40 minutes. Before baking, brush the dough with egg wash and use a scissor to cut the top of the dough. Sprinkle the pearl sugar on top.
Bake for 10-12 minutes, or until the bread is golden.
 served as a breakfast with a cup of hot milo.



 


Khamis, April 05, 2012

CINNAMON PULL APART BREAD


Dah petang jom kita mkn roti dulu....hemmm rakan lain dah lama buat kita baru nak join hehehe..terhegeh2 megejar...... pg tadi pun npk Hana tayang CPAB juga...hem kita pulak buat utk sarapan petang..merangkap x mkn mlm lah npknya...kenyang tau..tp x tau le bos besau kita tu mesti nak pekena nasi punya...pe pun kita dah masak siap2 dah sebelum meroti tegahri td...mmg sdp dah jatuh cintan kata koooo..kira cam jakun pulak hehehe 1st  guna serbuk cinnamon ni....malu kita u...hehe x kenal maka x cinta kan...tp kita tambah dgn serbuk koko gabungan dua rasa hemmm tu yg npk gelap kat atas.....sdp mkn sambil selak2, kopek2,....gebus dlmnya.....resepi yg dah ramai buat tayang jugak le utk buat rujukan TQ


RESEPI CINNAMON PULL APART BREAD
Resepi: Joy the Baker
Sumber: Ijayuji

Bahan-bahan
Untuk Doh
  • 2 3/4 cwn campur 2 sb tepung
  • 1/4 cwn gula kasar
  • 2 1/4 sk yis
  • 1/2 sk garam
  • 4 sb butter
  • 1/3 cwn susu penuh krim@susu segar
  • 1/4 cwn air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sk vanilla extract
Untuk Filling
  • 1 cwn gula kasar@gula perang
  • 2 sk serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg) - tak letak ~Sheila tambah serbuk koko
  • 4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara-cara
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, dan garam. Ketepikan
  • Pukul telur, ketepikan
  • Dalam kuali kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
  • Tambah 3/4 cwn tepung, dan uli sehingga sebati. Doh ini mmg melekit sedikit. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. >>yg ni kita tak ikut terus guna doh utk buat roti tadi.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan (175c). Bakar sehingga masak (20min atau lebih bergantung dgn oven masing2), jika atas roti sudah kelihatan perang boleh tutupkan dgn alumunium foil dan tunggu sehingga keseluruhan roti masak>>step yg ni kita matikan api atas sbb bhgn atas mmg dah cantik sgt perangnyer, utk minit seterusnyer guna api bwh sehingga masak.
tambah dgn serbuk koko di atas adunan.....dah naik kembang tu...


Rabu, Mac 28, 2012

Bun Tuna


Salam besiaran sekali lg di petang hari gila meroti pulak skrg ni...bila dah sedp menjadi, tu yg x nak behenti kan...pemintaan jgn ckp lahhh suruh buat memanjang...lg pun cpt laku roti moti ni hihi...kepuasannya sbb di uli gan tanggan pehhhhh....boleh kecik lengan kita hahaha...masih menggunakan resepi yg sama mcm kita buat roti sosej pintal tu, guna Basic Dough dari Kak Nor..bentuk Love tu bukan main bam bam lg jadinya....letak tuna pehhh sdp....nak letak sardin pun boleh.....


Roti Basic Dough
Resepi : Kak Nor
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
380gm tepung high protein (tpg roti) - Mas guna tepung gandum ~ Shila pun sama
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A - dikocok siket dgn garfu
100 ml air - Mas guna susu segar suam kuku  ~ sheila pun sama 
100 gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter - Mas guna marjerin
30 gm shortening
Cara membuatnya :
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
# Kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
Boleh tengok disini untuk Kaedah menguli menggunakan tangan.
Sheila uli guna tangan aje..puas rasanya....

Inti Tuna
1 tin tuna dlm tin/ ikan Sardin - kalau guna ikan sardin buang sosnya
2 sudu Mayonis
1 sdk lada sulah
Sedikit garam
~ Satukan kesemuanya dlm bekas dan gaul rata


Sabtu, Mac 24, 2012

Roti Sosej Pintal


Salam besiaran di hari cuti....tuan rumah x ada cuti sentiasa bekerja...kalau ada cuti pun cuti yg di rancang hahah hem ni nak n3 roti yg di buat utk mkn2 petang semalam,,,dah jatuh cintan pulak pada roti yg buat sendiri....baru tahu akan ke jimatannya wakaka ada lebih buat sarapan pg tadi...kali ni taburkan bijan aje..kalau rasa nak letak sos  dan mayo picit aje....... bentuk tepulang pada kesuakan sendiri nak  buat lilit2 ke nak buat beselang seli ikut lah yeeee ...hem mencuba resepi yg sama cam Mas buat tu Basic Dough...hemm lembut..boleh buat lg ni.......Tq


Roti Sosej Basic Dough
Resepi : Kak Nor
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
380gm tepung high protein (tpg roti) - Mas guna tepung gandum ~ Shila pun sama
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A - dikocok siket dgn garfu
100 ml air - Mas guna susu segar suam kuku  ~ sheila pun sama 
100 gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter - Mas guna marjerin
30 gm shortening

    Cara membuatnya :
    Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
    Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
    Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
    Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
    Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
    Biarkan sehingga proses menguli selesai.
    Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
    Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
      # Kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
      Boleh tengok disini untuk Kaedah menguli menggunakan tangan.
      Sheila uli guna tangan aje..puas rasanya....

      Isnin, Mac 19, 2012

      Sosej Blossom Bun


      Assalamualaikum salam besiaran di pg isnin hemmm rutin seperti biasalah dah mula buka sekolah semula ni.....pesiapan semua dah ready mlm tadi..jadi bagun pagi x le kelam kelibut...mmg dah rancang nak buat sosej blossom bun..dari hari tu lagi si ank dara dah npk kat rumah Auntie Izah...actually roti ni  x pernah lg saya buat..biasa beli aje..smlm tekadkan diri try buat, alhamdullilah dgn bangga senang hati negok nya...makkk hai menjadi dan rasa mmg sdp macam kat kedai woooo terangkat sekejap kikiki...bakar mlm dan simpan dalam tupperware...pg ni buat utk sarapan  keluarga dan ank2 pun bawa bekalan sekali....kelembutan roti pun terasa leh buat lg ni :-)...Tq pada penyumbang resepi....


      SOSEJ BLOSSOM BUN
      Resepi: CMG
      Sumber : IzahDaut

       BAHAN-BAHANNYA :-)
      250 gram tepung roti (high protein flour)
      50 gram gula halus @ gula kastor
      1/2 camca teh garam halus
      10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
      1/4 camca teh bread improver
      1/4 camca teh bread softerner
      30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
      6 gram instant yeast
      20 g mentega
      125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
      10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
      Mayonnaise secukupnya
      Sos cili/sos tomato, secukupnya
      Mix vege secukupnya

      Sebelum di bako.....
       CARA MEMBUATNYA :

      UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
      Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

      Selasa, Mac 13, 2012

      Begedil Roti Sardin


      Salam besiaran di mlm hari...ok ni kes tepandang pg tadi kat dapur rumah Quinnie..amat menarik resepi ni, yg pernah saya buat begedil kentang dan begedil tahu aje...boleh le menerai hehe dah dpt ider utk manu mkn mlm.....kebetulal roti dan sardin mmg ada buat stok kat rmh....saya buat sebelah tegahari, bila siap di bentukan simpan dalam peti dulu bg sejuk ..nak mkn baru saya salutkan sama telur dan goreng...ada lg lebihan beberapa ketul boleh buat utk sarapan pagi esok.... kalau nak tahu rasannya ada seakan rasa sandwich roti sardin...di gaul dgn bahan2 lain dlmnya dan salut gan telur tu yg rasa lg sdp...nak tahu sdp ke tidak kena le kekawan buat yeeee...setakan ni yg lain npknya boleh terima .. saya mkn cicah sama cili sos dan mayo.... tq Mymaro from Myr dan Quinnie tayang resepi di pg hari .......


      BERGEDIL ROTI BERSARDIN
      Resepi: mymaro@myr
      by: Quinnie

      Bahan-bahan
      ( 1 tin kecil sardin )
      1/2 buku roti (ape2 brand pun bole)
      1 biji bawang besar
      3 ulas bawang putih
      1 biji cili merah ( kot nak lg pedas leh gak tmbah lagi)
      secubit lada hitam
      1 atau 2 biji telur
      daun sup & daun bawang
      garam 
       
       Siap di kepal sy masukan dlm peti sejuk...betujuan bila di grg nnt dan salut sama telur x lah bederai..

      Cara-cara
      Bawang putih ketuk dan cincang halus-halus.
      Bawang besar & cili merah potong dadu
      daun bawang & daun sup pun potong halus2 or ikut suka tukang masak ; )
      Roti carik2kan kecik2... or kot rajin potong2 pun ok gak...
      Tuang sardin beserta dengan kuah ke dalam bekas dan lenyek ikan sardin tu sampai hancur.
      Tambah semua bahan2 yang dah siap di potong tadi ke dalam sardin tu.
      Boleh la tambah lada hitam & garam secukup rasa.
      Gaul semua sampai sebati.
      *Telur tu ada 2 cara, boleh pecah terus kedalam adunan tadi atau pecah asingkan dan guna sebagai celupan sebalum goreng (mcm buat bergedil kentang tu...) Q masukkan 1 kuning telor kedalam adunan bergedil..lepas tu guna yg putih utk salut bergedil sebelum digoreng.
      Perap adunan tadi dalam 20 minit cukup, pastu kepal2, celup dalam telur dan goreng.
      Kalau saya, malam sblm tido buat, esok balik keje, terus goreng. Letak dalam peti sejuk memang bole tahan. Anak2 memang suka makan bergedil nie.
      ( nota Q: bila goreng bergedil ni jgn cepat2 kalih sebab nanti hancur...elok guna non-stick nye kuali....bila dah kuning bahagian bawahnya baru kalihkan...api jgn besar sgt)

      Khamis, Mac 01, 2012

      Roti Goreng Puree Keledek


      Besiaran di petanh khamis...alhamdulilaha siap juga manu utk teh time petang ni...npknya hujan pun dah turun tu elok leee pas solat Asar kita lepak sambil ngap ngap...untung le kalau dapat geng yg tayang resepi di pagi2 hari...petang dah ada ider nak buat kuih hehehehe...roti yg betul2 lembut  naik beganda2.... warna pun cantik merah keledek.... bila dah letak inti peee naik lagi beganda besau gedabak jadinya ...seketul dah kenyang....makcik hari ni  telebih sudah rajinnya... buat sampai dua jenis inti, manis dan pedas...inti kelapa dan sambal sardin, petang ni bancuh milo o aje.......Tq Izah Daut tayang resepi pagi td,,,akk dah cuba.... roti yg terbaik...izin copy resepi ye utk buat rujukan...mana tahu terigin nak buat lg....

      Inti kelapa manis

      Inti sambal sardin

      ROTI GORENG PUREE KELEDEK
      Resepi by: izah

      Bahannya:
      200 gm tepung roti @ gandum
      1 3/4 sk yis mauripan
      3 sb gula
      1/4 sk garam halus
      2/3 sk baking powder
      2 sb mentega @ marjerin
      1 biji telur
      1/4 cwn puree keledek
      8-10 sb air *bergantung semasa menguli
       
       yg ada npk kuning2 tu isi keledek

      Caranya: *uli tangan
      Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuik besar.
      Kacau sebati.
      Buat 'perigi' di tengah2 tepung.
      Masukkan telur , mentega dan puree.
      Gaul dengan tangan perlahan2 sambil masukkan air sesudu demi sesudu.
      Bila dapat doh yang elok diuli, uli hingga licin.
      Perap doh dlm bekas bertutup sehingga doh naik 2x ganda.
      Kemudian, tumbuk doh untuk kluarkan angin.
      Ambil doh bulat kecil dan intikan dengan inti kesukaan masing2.
      Buat sehinga habis dan biarkan roti kembang sedikit dlm 20 minit.
      Kemudian baru digoreng menggunakan api kecil supaya masak sehingga kebahagian dlm roti.
      Angkat n hidang.

      *puree: ialah keledek yang dikisar bersama sedikit air
       
       
       
       
       

      Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More