Assalamualaikum...salah satu hidangan nasi yg sdp, mana yg x pernah try buat dan mkn lg perlu cuba....sesuai sangat2 utk buat hidangan kenduri, makan2 keluarga...npk mcm remeh je kan padahal nak masak nya senang je...lauk pun x payah banyak2 makan dgn dua lauk bg saya dah cukup..sbb nasi tu dah ada rasa....tang lauk tu tepulang pada cita rasa masing2 ye..utk nasi kurma sy lawankan sama lauk jelatah dan ayam masak merah pudina...pehhh mmg best.....tq Kak Diana..akan buat lg...
~ Nasi Kurma~
Sumber : Kak Diana@Melley Mey
Bahan²
3 cawan beras basmati _ cuci dan toskan
100 gm minyak sapi
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
2 sudu makan rempah Briyani Power Adabi - Sheila x ada rempah Briyani, ganti dgn rempah Kurma
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang putih _ ditumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
11 biji buah kurma _ buang bijinya dan dicarik² - Sheila x letak
1 kiub pati ayam Maggi
Kismis secukupnya
Cara²
Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun / minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang ( jika nak bubuh daun pandan pun boleh ).
Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras tadi ( tinggalkan 1/2 sudu makan bahan yang ditumis tadi untuk menumis buah kurma ).
Sementara itu, tumiskan buah kurma sekejap sahaja dan masukkan ke dalam periuk nasi elektri. Gaul rata.
Masukkan juga air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Masak nasi seperti biasa.
Setelah periuk nasi menunjukkan 2 minit lagi nasi hendak masak, bolehlah ditaburkan kismis di atas nasi dan tutup semula penutup periuk nasi elektrik. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
Biarkan seketika sebelum digemburkan dengan chopstick.
Hidang bersama Daging Masak Manis atau lauk kegemaran.
8 ulasan:
Kak Sheila telah membuatku kecurrrrrrrrrr!!
heee Seri Kandi ..mari le..sdp tau..x payah buat byk2 lauk pun ..dah cukup sdp
Ayam masak merah ngan jelatah tu... perggggghhhh tak tahan!
as-salam
npk sedapnyelah resepi nasi ni..blh di cuba..
Hai kak Amie hee sdp kak lauk simple2 mcm ni pun dah cukup..tp kalau nak buah bekuah apa salahnya..kari atau kuah aym kurma..
w'salam abg ady..mmg sdp sesuai buat utk mkn2...nasi tu dah mcm rasa nasi beriyani
heee
menggigil nak taip, sebab air liur meleleh sampai basah tangan.
kak, bau nasi sampai ke sini..hehe
Catat Ulasan