Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Selasa, Mac 05, 2013

Rendang Limpa & Pulut Kukus


Assalamualaikum...dah siap masak utk tegahari ke, tentu yg sdp kan :-)...mentang2 dah sihat dari demam mcm2 lah dtg tekak ni nak mkn ngada2 betul :-)...teringin sangat nak mkn rendang limpa...hari ahd lepas suruh Mr.Bos turun pasar PJ cari limpa hem...dpt le beli sampai sekilo setengah byk tu...bila dah direbus potong kecik2 melambak...ambik ko....kira lauk rendang ni merangkap makan sama nasi jugal lah ye tegahari ni...tang pulut tu saja je buat kalau ada rendang lg best kan cicah makan sama pulut..resepi rendang limpa ni sama je mcm yg pernah saya buat sebelum ni...cuma satu je terpedas sikit..apa pun rasa tetap sdp...jom layan :-)


RENDANG LIMPA
Resepi by: Chef Norzailina Nordin
Sumber : Sheila Shafeareen


Bahan-bahan
1 kg limpa – dipotong 16
1 kpg asam gelugur
3 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar serbuk jintan manis
1 batang serai, dititik
1.4 liter santan (2 biji kelapa)
150 g kerisik
Gula, garam secukupnya
-sy letak daun kunyit bagi naik bau
Bahan kisar
12-15 tangkai cili kering, direndam
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 cm lengkuas
1 batang serai

Cara membuatnya
1. Jerang limpa dengan bahan kisar, asam gelugur, ketumbar, jintan manis, asam, serai dan santan.
2. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
3. Bila kuah tinggal separuh, masukkan kerisik, garam dan gula.
4. Kacau sekali-sekala hingga kering dan naik minyak.

* Limpa ni sy rebus dulu kemuduan buang kulit luar dan baru potang dadu


Jumaat, Februari 22, 2013

Daging Dendeng Pandan


Assalamualaikum... jumaat kembali lg,,kejap dah masuk hujung minggu...jumaat seperti biasa kena masuk opis dapur awal sikit maklum ank2 balik cpt hari jumaat kan...manu dgg pulak...sdp tau resepi ni. 1st buat alhamdullilah menjadi juga,  biasa mkn kat kenduri2 aje....mmg sdp tabur bawang goreng lebih2... nak mkn sama nasi minyak, nasi tomato, nasi jggung, boleh aje..tp kita mkn sama nasi putih lg beselera wakakak... resepi yg best ni kita ambik dari dapur Kak Ummi kuantan, asalnya resepi dari dlm Majalah Jelita...npknya  Kak Ummi pun dah beberapa kali masak resepi ni...ingat lain kali kalau buat lg kena beli dgg lebih.. buat byk sikit boleh ratah2 hee tq Kak...


DAGING DENDENG PANDAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home(keluaran Jelita Mac 2011)
Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.


Isnin, April 02, 2012

Begedil Daging Burger


Assalmualaikum ..apa khabar semua kawan2..harap sihat yeee....skrg pun cuaca x menentu...ada yg batuk, sakit tekak, selsama...mana yg rasa x sdp badan seakan nak dmn tu cpt2 mkn ubat yeee...ok utk hari ni sy buat begedil daging burger.... buat mkn kunyah2 di ptg hari...mmg le sangat sdpnya dan laku...buat sampai 3 adunan pun x cukup....mmg semua hantu begedil waooooo....kes Mas Duniaku tayang minggu lepas.....dah agak ank bujang mmg suka kalau makanan2 yg mcm ni.... ok x nak tunggu lama jom kita layan resepi yg sdp ni...TQ Mas

Begedil Daging Burger
Resepi : MasDuniaku


Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
1 keping daging burger - Mas guna Ramly
Daun sup dan daun bawang dicincang - optional
1 sudu besar serbuk lada putih ajishiok - dlmnya dah ada garam
1 biji telur - dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :

Kupas kulit kentang dan potong dadu. Basuh bersih2 dan toskan.
Goreng hingga kentang empuk, angkat dan toskan. Mas tutup kuali tu dgn tudung periuk supaya kentang cepat empuk.
Dengan menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas ) dan masukkan daging burger (defrost dahulu), daun sup dan daun bawang yang dicincang, serbuk lada putih ajishiok dan gaul sebati.
Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang @ pinggan. Buat sampai adunan habis.
Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur yang dikocak tadi dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Bergedil tu jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil tu untuk masak permukaan yang lagi satu.
Angkat dan toskan atas paper towel.
 



Khamis, Februari 02, 2012

Daging Lompap


Assalamualaikum besiaran di hari khamis...semlm x sempat le nak jegah dapur yg satu ni...satu hari keluar penatttt maklum le semlm kan cuti bg KL dan kawasan2 yg sewaktu dgn nya.....ok bebalik pd manu hari ni..mmg dah di rancang nak buat utk lauk mkn tegahari merangkap mlm sekali...beberapa hari yg lepas kawan2 pun ada tayang manu ni...pg tadi  npk Mas pun dah tayang juga ....hemmm mmg ada rasa wangi resepi daging lompap ni dah jatuh cintan le pulak...letak batang celeri lg wangi....suka kuahnya yg basah2 sikit....npk cantik dgg ni hijau...tp cilinya x pedas...boleh juga di mkn sama roti...cuba yee

DAGING LOMPAP
Resepi : Kak Cek
Bahan :
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi  *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik
 2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air

Cara Penyediaannya :
Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....

makan sama nasi panas2 ..satu lauk pun dah cukup bg saya lh.......cicah gan roti pun boleh juga...perlu cuba mmg sdp resepi ni...

Selasa, Januari 17, 2012

Gulai Lemak Nenas Bedaging


Salam besiaran di hari selasa..... masak awal hari ni so boleh le melepak pulak dan buat apa yg patut....lama pulak x mkn daging....kebetulan npk nenas masak cantik je kat kedai bedekatan pg tadi, terus sambar....tu pun tinggal dua biji...cadang mulanya nak masak sama ikan masin kurau.... dok pikir2 lg masak sama dgg pun sdp jugak kan.... pastu buat kuahnya pekat2 pehhhhhh x sabar nak mkn ni.....tunggu ank2 balik mkn sama2 baru best kan........jom layan dulu ....



GULAI LEMAK NENAS BEDAGING

Bahan
1/2 kilo daging potong kiub - sy beli dgg bahagian yg lembut
1 biji nenas, potong bulat dan belah dua
300 ml pati santan
500 ml santan cair
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan yg di kisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
3biji buah keras
5 biji cili merah - nak pedas boleh tambah cili lagi

Cara
Daging di potong kiub nipis, cuci bersih dan toskan.
Masuk daging tadi ke dalam periuk, serai titik dan bahan yg di kisar halus.
Gaul rata dan jerang atas api sederhana hingga mendidih.
Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor.
Bila mendidih, masukkan nenas, masak hingga dgg masak.
Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga dgg betul2 masak  dan matikan api

Jumaat, November 11, 2011

Daging Goreng Kunyit


Salam besiaran di hari jumaat yg indah...ramai dok sana sini tayang nombor hari, bulan dan thn yg cantik 11.11.11...dan ramai juga yg ambik berkat hari jumaat dgn tarikh yg cantik ni  membina masjit... dgn erti kata buat majlis penikahan.......maklum le sani sini dah byk jemputan kenduri kawin...thn dpn jumpa satu tarikh yg cantik lg..

ok utk hidangan tegahari ni masak lauk dgg ..kasi perhabis baki dgg yg buat sup tempohari...kalau simpan lama pun x sdp dah dgg tu... masak  grg kunyit sdp pulak ye ....yg ni sy grg basah2 sikit saja bg lembab2.... resepi yg simple ni ambik dari dapur Kak Jee...tq Kak Jee..


Daging Goreng Kunyit
Resepi By: Dunia Dapur Kak Jee


BAHAN2NYA:
300 gms daging batang pinang (kalau daging lain rebus sampai lembut)
2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu kunyit serbuk
2 biji cili merah (dihiris)
kacang panjang (potong kira-kira 1 inci)  sy x ada kcg pjg so ganti sama lain
garam secukup rasa

CARA:
Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam. Goreng daging seketika pastu tambahlah sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kalalu daging dah direbus dan lembut, goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau. Setelah kacang panjang setengah masak, padam api.


Khamis, November 10, 2011

Sup Tulang Daging Utara


Assalamualaikum salam besiaran di hari khamis..alhamdullilah sempurna semua tugas di pg hari boleh lah melepak megadap dapur kawan2 pula......beberapa hari x besiaran rasa rindu pulak pada semua...harap kawan2 yg lain pun jgn lama2 sangat menyepi ye....ceria2kan dapur kembali....ok hidangan yg tetunda semlm...kalau tanya lg pun dah habis hehe...dgg dan tulang ni dpt masa  Raya Korban tempohari...di tempat saya tumbang dlm 16 ekor lembu....seminggu ni npk gayanya manu dgg le yg muncul ....tp hati 2ye mana yg x thn mkn dgg tu jgn mkn byk2 nnt fening pusing pulak kepala..tu yg x mau dgr.....ok lauk sup ni saya buat kira ala2 set hidangan di Restoran Sup Ani Utara....kira set ada nasi putih, ulam timun, sambal belacan, telur masin..hidangan utama sup dgg...mmg mecukupi leee x payag nak tambah lauk lain....sup utara ni ambik dari dapur Cikmin.. tq..


Sup Daging Utara
Resepi by: CikMin

Bahan-bahannya:
2kilo tulang dan 1kilo daging (masa masak ni cikmin tak guna tulang) sy guna tulang & daging
2biji bwg besar,10biji bwg putih,5inci halia(sume bahan2 ni dikisar)
2inci halia,2biji putih,8biji bwm merah (sume bahan2 dimayang halus)
2peket kecil rempah sup
4inci lengkuas diketuk sekali
2peket sup bunjut tulang
4btg daun sup(cuci bahagian akar hingga bersih)
air
minyak untuk menumis
*boleh tambah kentang dan karet -  sy x letak

Cara-caranya:
1.Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik baunyer,kemudian masuk bahan sup,sup bunjut,bahan kisar kacau rata hingga kekuningan.
2.Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak.
3.Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnyer dan hilang warna darahnyer.
4.Keluarkan sup bunjut.buka ikatan sup bunjut dan blender bahan2 rempah,isi air penuh blender sehingga 3x.
5.Masukkan lengkuas dan batang sup.
6.Tambah air secukupnyer,masak sehingga 2jam atau sehingga dading benar2 empuk.
7.Setelah daging empuk baru dimasuk garam dan perasa.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
*Kalau nak makan dengan sambal kicap pun boleh la buat ikut resepi kat bawah ni, mudah jek.
Blender 30biji cili padi dan 3 ulas bwg putih,campurkan dengan kicap manis


Khamis, Oktober 06, 2011

Rendang Limpa


Assalamualaikum..besua sekali lagi di hari khamis..hari ni masak rendang limpa....masa buat mkn2 hari raya kemarin mmg x berapa nak jamah sangat maklum le masing2 tetamu dtg megerjakan rendang limpa ni... so tuan rmh kemudian2 pun x pe kah hehe...limpa beli dlm 1 1/2kg kena rebus dulu baru potong,,,kalau nak terus potong dan masuk dlm tumisan rendang pun boleh....mmg suka mkn limpa ni kalau beli yg dah siap sekeping RM 4.00..pastu suruh makcik tu guting2 kan..kalau x susuh nak mkn besau sangat hehheh, ok resepi rendang limpa kali ni sy ambik dari dapur Chaf tekenal kak Norzailina Nordin....kalau nak letak daun limau purut pun sdp bau semerbak..sy letak daun kunyit aje....silakan

Limpa yg sudah di rebus, ada juga yg keliru antara limpa, paru, lempung dan hati

RENDANG LIMPA
Resepi by: Chef Norzailina Nordin
 
1 kg limpa – dipotong 16
1 kpg asam gelugur
3 camca besar serbuk ketumbar
2 camca besar serbuk jintan manis
1 batang serai, dititik
1.4 liter santan (2 biji kelapa)
150 g kerisik
Gula, garam secukupnya

-sy letak daun kunyit bagi naik bau

Bahan kisar
12-15 tangkai cili kering, direndam
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 cm lengkuas
1 batang serai

Cara membuatnya1. Jerang limpa dengan bahan kisar, asam gelugur, ketumbar, jintan manis, asam, serai dan santan.
2. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
3. Bila kuah tinggal separuh, masukkan kerisik, garam dan gula.
4. Kacau sekali-sekala hingga kering dan naik minyak.


Isnin, Mei 09, 2011

Daging Merah


Assalamualaikum, besua kembali di hari isnin, seperti biasa mulakan tugah2 harian dgn riang dan ceria....waktu pun dah masuk kul 12.00 kejap aja masa belalu...
Macam mana sambutan hari ibu semlm, pasti happy... tentulah sbb dpt hadiah dari insan2 tersayangkan ... Alhamdullilah...
ok utk manu lunch hari ni sy masak daging merah, sdp tau mkn dgn nasi putih aja pun dah cukup.... biasa selalu juga oder bila mkn di luar....kali ni terasa nak mencuba masak resepi daging merah ni sendiri..menjadi pulak tu...rasanya mmg x cukup lauk ni sampai ke mlm hehehe... utk lebih lanjut proses memasak daging merah ni boleh le masuk ke sini ye tq pada tuan empunya resepi...jom kita layan resepi ni


Proses mewarnakan daging..jgn takut pulak negok merah menyala daging tu hehehe

Bahan-bahan
+ Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi
+ 2 labu bawang besar
+ 4-6 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 2 batang serai
+ 1-2 sudu makan cili kering kisar
+ air stok daging
+ 2-3 sudu makan sos tiram
+ 3-4 sudu makan sos tomato
+ 3-4 sudu makan sos cili
+ secubit asam jawa
+ garam secukup rasa
+ 2 biji cili merah – potong ikut suka hati.. kasar/memanjang /
+ 2 labu bawang besar- potong bulat
+ 5-6 helai daun limau – potong hiris

ini le rupa selepas direbus sehingga daging empuk..bolehlah di potong nipis...negok tu cantikan warnanya

Caranya
Daging dihiris seperti yang ditunjukkan di dalam gambar atas.
Ok, sekarang kita masakkan kuah dia pula. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.
Masukkan cili kering yang telah dikisar. Cili kering kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar. Ini untuk mengurangkan pedas cili. Tumiskan cili sehingga pecah minyak.
Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.
Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Kacau dan biar ia masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air asam jawa dan kacau.
Sekarang masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili potong dan daun limau yang dihiris kasar. Kacau rata dan biar ia masak sebentar.
Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.

pekena dgn nasi putih dan telur dadar cukup lee....

Rabu, April 20, 2011

Stew Daging


Daging yg di perap besame lada hitam

Salam utk semua..apa macam dah siap masak ke utk tghari ni...hemmm semlm gi jln -jln tersingah dapur kak Azlita..bekenan pulak dgn lauk stew daging tu... lama juga x buat dan makan... sedang elok lah tu dgg dlm peti pun ada...mmg betul kata Kak Azlita membuatnya mmg cepat dan senang cuma resepinya agak pjg sikit... kira bebaloi jugalah ... sesuai di mkn dgn roti atau nasi..Tq pada yg share resepi ni ye izinkan saya copy....
STEW DAGING
by: Raidah
source : Hana

Bahan-bahan
500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara
Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

RESEPI PES BAWANG
by: Raidah

Bahan-bahan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara-cara
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Jumaat, Februari 25, 2011

Rendang Daging Pindang

Assalamualaikum...dgg ada lg baik jgn biarkan lama dlm peti tu...nnt x sdp pulak..buat rendang dgg pindang sesuaijugak ni.. boleh lama sikit masak bg empuk...biasa buat rendang ayam pindang, so hari ni nak try pula dgn dgg, lg pun resepi ni x pakai kerisik.. main campak2 jee senag sagat..nak buat kering atau basah2 pun boleh tepulang pada cita rasa masing2 yeee
Bahan
1 kilo daging di potong kiub basuh dan toskan
2 cawan santan
*5 batang serai
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1/2 inci kunyit hidup
*5 biji cili api - kurangkan x nak pedas
Semua bahan betanda * di kisar halus
2 keping asam gelugur @ asam keping
Gula, Garam , Perasa
Daun kunyit simpul/daun limau purut racik
Caranya
Dalam kuali panaskan minyak dlm 4 sudu, tumis bahan yg di kisar hingga naik bau dan garing
Masukan daging, santan, daun limau/daun kunyit kacau sebati
Masukan asam keping, garam, gula, perasa
Biarkan dgg empuk dan kering

Isnin, Januari 24, 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Salam di hari isnin utk semua, yee bz ke ibu2, bapak2, anak2 hehehe biasa lahtu urusan harian kene di lakukan.....kalau x siapa nak buat...kita juga yg kena...ok manu utk tghari ini sy masak daging salai masak lomak cili api, pasti bedesing kepedasan hehehe...gempak je.. letak cili api pun ada le dua biji je, bagi sesedap rasa...letak lebih karang alamat ade yg ulang alik ke bilik temenung nnt...daging bila kena salai sdp wangi jeeee baunya.. sy x salai atas jaring pun hanya guna pan/kuali dah cukup,ok jemput rasa
Bahannya
Sekilo daging - batang pinang (sy rebus dulu bg lembut)
1 inci kunyit hidup
4 biji cili api - sy letak 2 biji takut pedas
3 batang serai - di titik
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
4 biji ubi kentang - di belah dua/empat
Garam/gula
Caranya
Daging direbus hingga empuk kemudian di potong nipis
Salai daging yg di potong nipis di atas jaring atau kuali hingga grg (agak2 ye jgn telebih hitam pulak)
Tumbuk kunyit hidup dan cili api, masuk kedalam periuk besama serai titik dan santan
Masukan sekali kentang dan kacau selalu hingga kentang empuk
Kemudian masukan daging yg disalai tadi biarkan sebati dan masak, tambah garam/gula utk rasa kesedapannya
Ulam timu/salat lawankan dgn sambal belacan dan ikan kering pehhhh

Rabu, Januari 12, 2011

Daging Masak Hitam

Salam..dah siap mkn tghari ke pasti lauk2 yg di masak sdp2kan...lama x beli dgg hari ni buat masak hitam je.. tapi x berapa nak hitam sbb kicap pekat ku udah kehabisan guna je kicap biasa.. kita buat ada le sikit bekuah..nasib dgg ni lembut kalau x kena le rebus lama..
Bahannya
Daging di potong nipis, dibasuh dan toskan
1 labu bawang besar - di tumbuk
3 ulas bawang putih - di tumbuk
1 inci halia - di tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis/jintan putih - ditumbuk
3 sdb cili giling
3 sdb kicap Pekat ( sy guna kicap biasa sbb kicap pekat sdh kehabisan)
Garam/gula/perasa
Caranya
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukan cili giling grg hingga pecah minyak
Masukan kicap dan daging yg di potong nipis masak hingga daging empuk dan tambah (kalau nak bekuah tambah sikit air) garam, gula serta perasa
Taburkan bahan hiasan seperti cili potong dan daun sup

Selasa, Jun 08, 2010

Nasi Impit & Kari Daging

Salam... hrp semua rakan2 sihat sentiasa....apa mcm cuti sklh ni bz yeee, hemmm pg ni pekena pula nasi impit dan makan besama kari daging..senng rasanya bila dah masak awal..mlm tadi dok merebus nasi impit...pg ni just buatkan kari daging je hemmm mls nak buat rendang kena tunggu lama pulak...lauk kari ni nnt leh buat mkn dgn nasi juga... 
 masak lebih kari daging boleh buat lauk utk lunch hari ni senng kerja,,kita bf dulu yee



Khamis, April 22, 2010

Rendang Paru

Salam di pagi khamis..hem harum nya bau rendang.. masuk dpr mlm tadi semata nak masak rendang utk juadah bf pagi ini..rendang ni nak mkn dgn ape nasi himpit keee heheh x lah..ade lah nnt sy sajikan yee so layan dulu rendang paru ni..seperti biasalah resepi mcm masak rendang aym or daging ye..
x kisah lah nak mkn dgn ape pun semuanya sdp,,,



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More