Selasa, Disember 04, 2012

Seri Muka Berlauk


Assalamualaikum...dah lama nak cuba buat kuih seri muka berlauk...kalau ada pulut tentu sdp mkn sama lauk aym atau dgg kan?....dah biasa mkn cara berlauk tentu tau rasanya...so godek2 alhamdullilah menjadi juga,,,peh sdp bagai di kata gabugan pulut besama lauk ...beketul2 habis masuk mulut....resepi nya sama mcm buat seri muka biasa tu cuma atasnya di taburkan lauk je....tp nak rasa kena lah rajin yeee tumis lauknya telebih dulu...jom negok resepi....


SERI MUKA BERLAUK


BAHAN UNTUK INTI

200 gm daging kisar - Sheila guna isi ayam cincang
2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong
Garam dan sedikit gula

Untuk lapisan atas(Kuning):
2 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
100gm gula (secukup rasa)
1 cawan air
Secubit garam

Untuk lapisan bawah (pulut):
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut
Secubit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur
Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Setelah siap...angkat dan ketepikan

LAPISAN UTNTUK PULUT: Cuci beras dan rendam lebih kurang setengah jam. Toskan dan masukkan beras, santan cair dan garam ke dalam loyang dan kukus hingga beras kembang dan masak.
Loyang atau bekas plastik yang nak dipakai untuk mengukus tu boleh disapu dengan marjerin skit supaya kurang melekat. Balut tudung kukus dengan kain bersih supaya wap air tu takkan jatuh atas kuih yang dikukus.
Bila pulut kukus dah masak mampatkan dalam loyang atau bekas plastik/acuan menggunakan senduk yang dibalut dengan plastik. Tekan supaya bebetul mampat tau.

LAPISAN UNTUK KUNING: Dalam bekas satukan bahan tepung jagung, tepung gandum, tepung kastad, santan pekat, air dan secubit garam. Kacau sebati dan tpis, tuangkan ke atas pulut yang dimampatkan tadi dan kukus dlm 20 minit dan tabur lauk inti rata2 kemudian sambung kukus lg semula selama 25 minit.
Lepas kukus tunggu sejuk baru boleh potong.






9 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedap betul tu Shiela... makin berseri muka ... kuih serimuka ni dengan lauk :P

Cendana Kasih berkata...

waaa...sedap ni kak, pulut, ayam,

Unknown berkata...

wah ada serimuka berlauk lah pulak, mesti di cuba ni benda baru kan

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Kak Yati heee beseri sambil senyum simpul mkn seri muka berlauk

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Ck hee yep pulut belauk lg sdp....beketul2 habis

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Kak Nooriah heee saja ubah selera biasa mkn seri muka manis kan.. ni kita buat seri muka pedas pulak akk cubaye :-)

Mas berkata...

perhh....sedapnya tengok....
terliurrrrr la....

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Mas mmg sdp nak pulak ada rasa manis2 pedas...

Rohah berkata...

wow, ada kelainan pada resepi ni kak Sheila..macam nak rasa sekarang jew..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More