Sabtu, Disember 15, 2012

Kuih Bakar Berlauk


Selamat behujung minggu buat semua...n3 kuih bakar berlauk  tp ni semlm punya tau so and so kira dah habis ye...buat utk mkn sarapan petang...salah satu kuih fv sekeluarga...kuih ni sama juga dgn bancuhan kuih cara berlauk..macam saya penghuni rmh ramai jd kenalah buat bancuhan tiga kali ganda....pada yg ada acuan kuih bakar pecah lapan atau enam mmg sesuai lah sangat buat kuih ni.....jom jegah resepi yg senang ni...


Kuih Bakar Berlauk/ Kuih Cara Berlauk
Bahan-bahan ( Sheila buat 3 adunan)
cara

* 100gm tepung
* 200ml santan
* 1 biji telur
* 1/2 sudu teh garam
* beberapa titik pewarna kuning
Inti
* 50 g daging kisar ayam atau daging
* 1 1/2 sudu besar serbuk kari
* 1/4 bawang besar dipotng dadu
* 4-5 helai daun kari dipotong halus
* sedikit garam
Hiasan
* Daun sup diracik halus
* cili merah diracik halus

Cara-cara inti.
1. tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan serbuk kari masak sehingga kari masak. masukkan daging kisar tadi dan masak lagi hingga daging masak. Jika kering masukkan sedikit air. perasakan dengan garam dan tunggu hingga daging tadi kering.

Cara-cara
1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. gaul hingga rata.
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan inti tadi dan bahan hiasan.
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje
4. Kalau guna acuan kemboja tu bakar lama sikit dan tutup atas dgn tudung periuk agar pemukaan atas cepat masak


7 ulasan:

rahel berkata...

Sedapnya kuih bakar...ada lauk pulak tu...pepagi ni sesuai ngadap kuih sambl minum teh panas.

Sheila Shafeareen berkata...

hee betul tu kak Rahel...dua potong dah kenyang..mcm mkn pizza pulak...nak pulak lauk tu pedas2 pehhhh

Cendana Kasih berkata...

alahai kak..sedapnyer..ada lagi tak? jap lagi saya lalu depan umah akak, saya singgah makan yer...simpan sepotong !

zila norazila berkata...

tgk kt fb dah kecurr..kemari tgok lg..sedapnyaa:)

Unknown berkata...

sedapnya..terliur saya..:-)

dZana berkata...

tq shiela.. nmpk cam ada crepe milo kt fb.. lum ada kt sni eh.. kuih cam ni mmg akk suke mkn.. tpi anak2 jer yg susah nk mkn.. semua suke yg moden2 gitew..

tun_telani berkata...

tu diaa.. wat dlm acuan besar terus, senangkan.. nape laa tun xterpikir nk wat camni. biasanya selalu xjd wat sbb xde acuan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More