Isnin, Disember 20, 2010

Puding Cendol

Salam, Isnin dtg lagi...kat luar tu hujan sejuk je nyaman..sambil dok melepak tu pekene le dgn pencuci mulut ni ye puding cendol...nak buat air cendol sure cepat habis...buat puding lg puas mkn..letak dlm acuan comel2 senang kerja, nak masukan dlm loyang pun boleh tp kena potong2 pulak...apa pun ikut selera masing2 yeee, nak mkn baru di curahkan air gula melaka

Bahannya
  • 200ml santan kotak + 600ml air (3 gelas air)
  • 1 peket serbuk agar-agar putih
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 peket cendol
  • Seketul gula melaka
  • 4 helai daun pandan di simpul (2 helai utk gula melaka)
Caranya
  • Dalam periuk satukan santan, air, gula putih, serbuk agar-agar dan daun pandan simpul
  • Panaskan diatas api yg sederhana kacau hingga gula larut dan sebati
  • Hampir mendidih masukan cendol kacau dan tutup api
  • Masukan dlm acuan dan sejukan
Utk Air Gula Melaka
  • Dalam periuk masukan gula melaka dgn air masak hingga gula melaka larut
  • Tapis gula melaka dan sejukkan





0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More