Khamis, Disember 09, 2010

Pisang Diraja Dan Sos Kasted

Salam utk semua,,,mendung lg hari ni..yg penting kehidupan x mendung yeee kena ceria2 selalu. Lama dah nak buat pemanis mulut ni heheheh, ikutkan di sebelah pantai timur resepi dipanggil Puding Di Raja, mcm2 taruk dlm resepi tu,yg di susun lapis2 dgn pisang, jala mas, buah2 campuran, hiasan buah cary dan kuah kasted...yg ni ala2 utk mkn sendiri je.... nak letak yg bebagai nnt ada pula tak berusik ..paham2 jelah budak2 bukan suka sangat yg manis2 ni....apa pun cuba le mmg sdp di hidangkan bila ada tetamu dtg...
Bahan
  • 8 biji pisang beragan/abu - (pisang jgn yg lembik sagat)
  • 1/2 buku batter/majerin
  • 1 tin susu cair
  • 2 sd tepung kasted
  • 2 sdb gula ( sy letak 1 sdb je sbb pisang dah cukup manis bila di grg)
  • 1/2 sd asen vanila
  • kismis campuran
Caranya
  • Pisang di kupas kulit dan belah dua, panas kuali grg dgn butter seketika jgn sampai pisang lembik, agak dah layu sikit di angkat dan susu dlm bekas
  • Dlm periuk satukan susu, tpg kasted, gula, asen vanila kacau sebati baru di jerang atas api sederhana
  • Kacau selalu bila seakan hampir pekak tutup api, jgn sampai kasted jadi beketul, di sejukan
  • Bolehlah di tuang kasted atas pisang yg disusun dlm bekas tadi, taburkan kismis campuran, sdp dimkn sejuk

lepas ambik lunch kita pekena dessert pula yeeee jemput..





0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More