Rabu, Julai 10, 2013

Manu Iftar 1 - Murtabak Mini Kulit Popia

Assalamualaikum Salam Ramadhan


Sajian manu bebuka dah pasti ada nasi dan lauk pauk..hari petama ni masak lauk yg rebus2 je..simple tp membangkit selera sbb ada ikan pekasam,,,lg pun dah set kalau goreng ikan pekasam x nak buat lauk yg berat2 cukap sekadar ada sup sayur, sambal dan ikan goreng,,,bab kuih pula hari ni x pergi pun beli di pasar ramadhan, walau pasar ramadhan betul2 dpn rmh di seberang jln ..hr petama elok le buat sendiri jimat pun jimat, x habis boleh frozenkan...heeee sy buat murtabak manu yg pasti ada di atas meja dikala bulan puasa...tengah hari tadi siapkan pencicah cuka bawang...pastu siapkan inti, bila waktu dekat pukul 7 boleh lah mula beroperasi letak inti dan goreng...masing2 x sabar nak menikmati murtabak mini ku ini heeee...walalalalala dah rasa sekeping nak 2,3 keping lg...sdpppppp...apa lg kasi kongsi le kat sini... tq pada Minami 133 dari Myr... :-)


RESEPI MURTABAK MINI KULIT POPIA
Resepi Asal : Minami 133, Myresipi

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara
  • mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  • apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  • apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  • pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  • ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  • goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak
RESEPI CUKA BAWANG
Bahan²
  • 1 biji bawang merah besar - hiris
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air panas
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit pewarna merah - guna sirap rose
Cara²
  • Campurkan semua bahan diatas dalam satu mangkuk, Kacau rata. Biar mesra semua rasa lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan

6 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Rajin betul Shiela ni... akak beli di bazar ramadhan jer semalam murtabak tu :D

Sheila Shafeareen berkata...

Haikak Nur Hayati heee mula2 ramasan rasanye rajin kot..dekat nak habis beli je...semagat puasa heee insyaAllah kan hrp2 x membazir thn ni

Mas berkata...

isshhh akak ni...

memang mas tabik...rajin
mas beli jerk murtabak ni kak..

Sheila Shafeareen berkata...

Hai Mas heee terima kasih...murtaba mmg manu yg mesti ada di bulan posa..pikir2 beli 3 kpng x cukup tu yg akk buat..ada lebih boleh hrh separuh msk dan frozen kan...

Rohah berkata...

Salam kak...comel je tgk murtabak ni..

Sheila Shafeareen berkata...

w'salam kak Rohah ye comel cute..4 suap utk sekeping heee..buat sendiri kira puas kak..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More