Assalamualaikum salam sejahtera mcm ne cuti pilihan raya best ke...ooo best sangat2 kan :-)...terima pada yg seadanya ....ok lah hari ni sy masak manu sempoi2 je memandang kan hampir seminggu kimchi yg dlm balag tu dah di perapkan, so untuk lunch hari ni boleh le ngap ngap rasa...sdp tau mkn sama nasi putih panas2 lg... kalau nak buat nasi grg letak kimchi pun sdp...salah satu manu yg berhasiat juga ni...kalau nak tahu boleh masuk sini atau masuk sini....pada yg tercari2 resepi kimchi tu boleh la cuba ye..buat sendiri tejamin kebesihannya...ada juga tepandang2 tenampak2 yg kat pasaraya tu... mcm nak ambik je tp rasa cuak dan x pasti..jd x payah le ambik kalau ada rasa mcm tu kan heee hee...ni dah ada resepi dari Kak Zanita Ramli boleh le cuba....tq Kak
Kimchi Berhasiat
Resepi : Kak Zanita Ramli
Bahan-bahan:
1) 1 lb kobis napa yang dicuci dan dihiris
2) 1/4 cawan garam himalaya atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
3) 1/2 biji pear dibuang kulit
4) 1/2 biji epal dibuang kulit
5) 1 bawang besar saiz kecil
6) 3 tangkai daun bawang yang dipotong
7) 1 tbsp bawang putih yang dicincang
8) 1 tbsp halia yang dicincang
9) 4 tbsp serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
10) 3 tbsp air rebusan ikan bilis ( 3 tbsp ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)
1) Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
2) Kisar pear, epal dan bawang tanpa air
3) Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
4) Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis kedalam mangkuk bahan2 yang dikisar dan gaul rata.
5) Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
6) Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.
5 ulasan:
thank you share... macam nak cuba la.... anak dara kat umah tu sure suka.. sbb dia penggila k-pop.. hahahaha.. apa2 pasal korea ni nak je dia.. haha..
mas tak pernah try lagi kimchi...
terliurr lak nengoknya kak...
boleh try la nnti..
sedapnyer kak..saya ni bukan takleh nk buat, tp kalo sengsorang jer makan, mood nk buat pun lari
kat umah ni ada lagi kim chi..hari tu buat...sedap...fiza dah buat sup kim chi...sedap kak...
haa.. k-pop menyerang ke dapur akak dh ye.. hihi.. tun aritu gi mkn kimchi ramen kat ampark park..
Catat Ulasan