Jumaat, Januari 04, 2013

Kek Puding Karamel Coklat


Assalamualaikum salam sejahtera di pg jumaat yg begitu indah.... n3 petama utk thn 2013...biasa2 aje rutin harian pun bejalan seimbang...cuma si kecik x berapa sihat pulak batuk dan selsema.....moga hari ni adik kurang le sikit selsema dan batuk ye....dlm ank x sihat  pun sempat lg nak belek2...belek2 time ank tidurle baru leh buat...:-)..alahaiiiiiii korang pun mcm tu kan..kalau ada ank kecik heeee time tidur le kena cepat2 buat kerja:-)...ini juga kek yg takut2 nak buat  bukan apa sbb masa 1st lama dulu pernah le try...mmg hancur lebuh jadinye...kira pembukaan thn baru ni nak mkn kek karamel hasil tagan sendiri tecapai juga yeeee....alhamdullilah menjadi...walau pemukaan karamelnye x berapa nak rata..tp dlm pehhh sdp....rasa di tekak mmg sedang2 elok, sy buat kurangkan kemanisan dari lapisan atas dan bawah...kiranya karamel dan kek tu secukup rasa.....x nak buat manis2 nnt x laku membazir....saja buat bahagian bawah tu semua rasa coklat....sbb dah tahu kalau buat perasa biasa2 je compom di org ni x mkn sangat.....pada yg rajin boleh le buat caler male yg belapis2 tu.....kalau yg petama dah boleh..rasanya insyaAllah ada le yg akan menyusul nanti....alahai malu bebeno rakan2 lain dah bebiji2 buat kek karamel ni heeee....belajar utk diri sendiri heeee...resepi kek sy ambik dari dapur Cikmin....tq suka sangat....


KEK KARAMEL
Sumber : Cikmin

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (untnk buat gula hangus)
*tabur gula dalam loyang dan masak ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jadi perang,boleh guna sudu untuk ratakan gula hangus keseluruh bahagian)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah)

(B) – Bahagian Karamel*
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis -Sheila letak 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning

*campuran yang diatas ini manis

(C) – Lapisan Kek
140 gm tepung gandum - Sheila campur dgn 2 sudu serbuk koko ayak sama tepung
70 gm gula kastor - Sheila letak dlm 50gm
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sudu besar susu pekat manis

D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar


Cara-cara :
Sediakan bahan (A) dahulu,ketepikan.
Kacau semua bhn (B) perlahan2,jangan berbuih nanti karamelnya tak menjadi.
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi,ketepikan.
Pukul bahan (C) *cikmin guna mixer
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat tak jatuh…(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling – selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175′C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160′C / 170′C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi…masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.

Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.

Nota cikmin:bakar guna api bawah sahaja pada suhu 160′c selama 50 minit dan 10 minit terakhir cikmin bukak api atas bawah pada suhu 150′c untuk garingkan sedikit bahagian atas kek..ini untuk mengelakkan lapisan kek bahagian bawah tu tidak melekat bila kita potong nanti.





4 ulasan:

Qasey Honey berkata...

alahai sedapnya..

Sheila Shafeareen berkata...

hee Qasey..sdp enak rasa coklat dan puding

Marsita Yahya berkata...

emm,, lama tak buat ni...

Rohah berkata...

dr dulu kita berangan nak buat kek ni, smpi sekarang tak nmpak bayang pun..hehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More