Isnin, Mac 07, 2011

Maggie Goreng Hijau Pedas @ Berapi

Salam di hari isnin utk semua kekawan..tgh hari ni x masak nasi pun ubah selera dgn maggie je..tukar selera sikit.. betul lah kata K.Ummi mmg sdp buat perencah sendiri, sdp, sdp, sdp..itu yg dpt di katakan...betambah jugak hehehhe sy habiskan sekali 5 peket maggei tu..rupa2nya x cukup...maklum le anak2 balik sklh tghari ni pun dah lapar..jom try mmg nyam, nyam sdpnya, cuma sy x letak tauhu grg sbb x ada sy gantikan rencah sotong dan ayam...tq K.Ummi..nnt nak wat lagi

Maggie Goreng Hijau Pedas @ Berapi
Resepi: Ummi @ Home sweet Home

Bahan
4 bungkus mee maggi - patah-patahkan (x perlu ambil perencah)
2 pokok daun bawang*
1 pokok daun sup*
5 tangkai cili padi*
1 cawan air * (bahan di kisar besame)
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
200gm isi ayam - dipotong kecil ( sy letak ayam dan sotong)
1 ikat sawi di potong ( sy letak kobis)
1 sudu kecil lada hitam biji yg telah di kisar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar kicap cair
2 biji telur - di grg scramble
2 keping tauhu - di goreng dahulu dan potong nipis
1 biji lada benggala - di potong dadu
2 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Sedikit daun bawang - utk tabur
Caranya
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bwg besar dan bwg putih hingga naik bau
Masukan isi ayam, lada hitam dan serbuk lada sulah, kacau
Masukan daun bawang dan daun sup yg di bland tadi
Tambah juga 2 1/2 cwn air lagi dan kacau
Bila telah didih masukan maggie dan grm secukup rasa, kacau gaul hingga lembut dan airnya kering
Masukan tauhu dan lada benggela kacau rata
Bila tauhu hampir masak masukan pula sayur sawi dan telur scramble dan kacau lagi biar semua rata dan maggie betul- betul masak elok
nak tambah lagi boleh....

0 ulasan:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More