Isnin, Mei 20, 2013

Mee Celup


Assalamualaikum salam sejahtera di pg isnin .. mulakan tugas harian seperti biasa mana yg bepuasa sunat rejab..selamat menjalani puasa ye :-)...n3 hidangan kelurga semlm merangkap dinner sekali..kebetulan abg sulung dtg..rezeki sekelurganya merasa langkah kanan tu...mak hai kak ipar sampai dua kali tambah npk heee :-)...Kalau balik kelantan mesti nak terjah mee celup ..sana punye mee celup pehh kaw kaw sdp...nak pulak mkn sampai berasap pedas pee peluh leleh2 lg......kiranya ni nak lepaskan hajat jugak le lama x balik sana...adalah satu dua bhn yg x mencukupi syarat...apa pun yg penting menjadi dan sdp dimkn ...mee celup ni nak sdp lg letak jeruk asin cincang, ikan bilis grg, kecang tumbuk, bawang putih grg pastu letak sambal atau serbuk lada satu lg cili jeruk...pehhh menyegat tau...bhn2 sayur pulak kangkung celur dan tauge....cuma kat sini saya x letak ikan bilis grg dan jeruk asin sbb x ada stok...mari2 adik kakok kito pakat2 layan ye...resepi ni terjah kat dapur Noormah Cendana Kasih...tq dik..


Mee Celup
Sumber :  Cendana Kasih

Bahan-Bahan:
Mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk cincang
Ikan bilis goreng - sy x letak
Sayur kangkung - di celur
Kacang tanah goreng - di tumbuk
Tauge
Sambal cili/Cili Jeruk/Limau nipis
Bawang putih digoreng

Bahan Sup:
Daging - sy rebus dulu dan potong nipis2
Perut - x letak
Paru - x letak
Bebola Daging
Rempah sup - sy guna rempah sup serbuk

Cara: 
Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Kuah Sup tu mcm biasa tumis bhnnya seperti biasa ye...

Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.

Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali..- sy x letak pun lemak2 tu...


13 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa... lapar dibuatnya

    BalasPadam
  2. Gee mmg sdp nak pulak letaks emua bhn2 atas me pehhh dua pingan pasti betambah heee

    BalasPadam
  3. Shafeareen, umi tak pernah makan mee celup tapi tengok gambar dah tau memang sedap

    BalasPadam
  4. Assallamualaikum kak Sheila..

    Kak, di sini bnyk org yg meniaga mee celup ni kan. Masa mula2 tinggal sini dulu, Nadz x faham amende la mee celup tu.. Tang sambal tu yg buat terangkat tu kak...

    BalasPadam
  5. Aduh sedapnya mee celup tu shiela... rajin sungguh kedapur shiela ni :D

    BalasPadam
  6. Kak Umi kalau tejumpa mana kedai yg jual mee celup try ye mmg sdp..

    BalasPadam
  7. w'salam nadz ye kak kelantan mmg rata2 tpt ada jual mee celuphee letak sambal mmg syok layan

    BalasPadam
  8. hai kak Nur Hayati hee biasakan kat rumah ni kalau cuti ada je sedara2 yg dtg...kekadang malas juga...

    BalasPadam
  9. wah!sheila tgk gambar pon dah tau mmg menyengat mee celup ni,kakak ipar pon sampai nambah 2 X...mmg sedap tuh!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Sheila, apa khabar? Lama x tegur sapa, sori la ntah bz apa2 akak ni... Nampak cukup menyelearakan mee celop tu...best gak kalau dpt berbuka ni, asyik makan nasi jer... ^___^

    BalasPadam
  11. Best Free Premium Blogger,Blogspot Templates for your blog.Latest High Quality Free Premium Blogger Templates,Themes,Layouts Free Download To Change Your Blogger Template Free download blogger template http://www.bigmasstemplate.blogspot.in/

    BalasPadam
  12. hai Azatie hee tulah kira 1st juga buat mee clelup ni...dah x thn sangat2 nka mkn...hee kak ipar tu mula2 mcm malu je nak ambik..pastu jeling lg rupanya nak menanbah lg hahah..paham lah tu sdp agknye hahahh

    BalasPadam
  13. w'slam Kak Ummi..alhamdullilah sy sihat2 saja ..betul tu kak sesekali pekena mee selup mmg layang nak pulak letak sambal dan bhn yg lain tu penuh satu mangkuk...sesuai sangat2 buat manu bebuka...

    BalasPadam