Khamis, Mei 23, 2013

Bubur Cha Cha Berkeledek


Assalamualaikum, salam besiaran di pg khamis...pada yg bepuasa sunat hari ni slmt ye dan di permudahkan sampai ke waktunye...haa sdg elok lah tu kalau x tahu nak mkn ape utk bebuka nnt boleh le cuba buat bubur chacha ni...sebagai pencuci mulut...ni manu ptg semalam buat utk sarapan petang kebetulan jiran merangkap kawan baik nak dtg , cantiklah tu langkah kanan npknya...mkn ptg sambil borak melayan mmg syok...sdp di mkn panas atau sejuk..tp saya suka mkn suam2...ape pun jom cuci mata...:-)


Bubur Cha Cha Bekeledek

Bahan:-
1 cawan bubur cacha kering
500 ml santan
1/2 cawan gula putih - nak manis boleh lebihkan
1/2 cawan gula merah/gula melaka
2 helai daun pandan - disimpul
2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
secubit garam

Cara Memasak:-
Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut.
Toskan dan ketepikan.
Dalam periuk masukkan ubi, santan dan daun pandan masak dengan api perlahan.
Masukkan gula putih, gula melaka dan secubit garam, biar mendidih dan ubi empuk.
Sentiasa di kacau supaya santan x pecah
Masukkan bubur cahcha yg di rebus tadi dan masak sebentar hingga mesra.
Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk


13 ulasan:

  1. Salam Nshafeareen,
    ini desert fav masa berbuka puasa.. sedap makan suam dan sejuk..

    BalasPadam
  2. salam kak..dahhh lama x makan bubur cha cha nie..dapppnya..

    BalasPadam
  3. emm....sedapnye..klu nak pelbagai gaya ginilah kan..letak mcm2 jadi sedap & cantik..mak sy kdg2 letak pisang+keledek+labu...ape pun boleh ikut selesa masing2...

    BalasPadam
  4. w'salam umi's mmg sesuai sggt buat utk bebuka..sdp nyaman masuk ke tekak

    BalasPadam
  5. w'slam Ina hee nnt le bila buat mkn2 akk masak lg ye..leh mkn puas2

    BalasPadam
  6. hai kak Sharifah betul tu ..letak pisang, labu mmg sdp..nak pulak di campurkan sama nangka masak pehhh harum bau bubur

    BalasPadam
  7. Salam singgah ke sini....lma nya dh buat bubur ca ca ni..dessert yg sesuai bila lepas berpuasa...manis2 kan tekak kan..

    BalasPadam
  8. w'salam suri yeee dessert yg sesuai utk bebuka, utk minum2 ptg...mjlis2 kenduri juga...

    BalasPadam
  9. cuaca yg berbahang sekarang ni mmg sedap hirup2 desert cam ni kan..

    BalasPadam
  10. hai Kak Rohah betul tu nak pulak pada yg suka mkn bubur sejuk letak ais peh nyaman lalu mask ke tekak...rasa mcm ABC heee

    BalasPadam
  11. Hai Puan Ros betul tu..bemangkuk tambah...

    BalasPadam
  12. mmng sedap bubur cha cha keledek ni...kalau time puasa mmng menu wajib bubur2 mcm ni...suka sangat....

    BalasPadam