Sabtu, Mei 18, 2013

Kek Buah Kukus


Assalamualaikum salam besiaran selamat becuti...selamat berehat..hari mcm ni boleh ke berehat hahah x jugak kan...time waktu mcm nilah masanya nak kemas megemas apa2 yg patut...dah siap kerja barus senang hati nak berehat panjang....baik le ni kek yg saya buat ptg semlm, mmg x sempat nak n3,  megukus pun kira dah lewat ptg...tunggu betul2 sejuk baru boleh belah..kalau panas x syok le takut nnt buah bederai pulak.... salah satu kek buah kukus yg pemes ames di musim perayaan..selain dari kek lapis :-)...suka kek kukus yg lembab2 mcm ni...kalau kek buah bakar dlmnya kering sikit kan....apa pun lepas juga hajat...padat juga isi dlmnya, bila dah siap kukus sy try timbang dpt le dlm 1.2 kg....rasa2  kalau jual boleh thn jugak harganya kan heeee...kayo makci heee..insyaallah2..apa pun jom semak, jom cuci mato pagi2 ni dgn kek buah..oh ye resepi ni sama dgn resepi yg Hana buat baru2 ni...:-)


RESEPI KEK BUAH KUKUS
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey
olahan : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


6 ulasan:

  1. sedapnyer kak...ada lagi ke?? nk dtg rumah ni

    BalasPadam
  2. Salam nshafeareen,
    saya nak buat jugak tp asyik tertangguh je...sedap nmpk kek tuS

    BalasPadam
  3. w'salam Umi mmg sdp lg lama kukus lg thn lama..tp kita derhaka jg kukus dlm 1 jm lbih je...

    BalasPadam
  4. akk pun dah pernah buat guna rspi ni.. mmg sedap ..lembab2 gitew

    BalasPadam
  5. Rajin betul shiela mengukus... 4 jam tu lama gak lah... namun hasilnya sungguh menggoda I.. u :)

    BalasPadam