Assalamualaikum
Maaf lah ye ni manu sajian yg saya buat jumaat lepas...mmg cantik, kebetulan hari kelahiran saya jatuh pada hari jumaat tu ingat nak mkn luar aje..tu tup Mr.bos kata balik lambat sikit alah alasan lah tu suruh org rmh masak sendiri hahahha... pikir2 nak masak ape yekkkkk..last2 buat manu western lah..lg pun lama x buat...x aci kan b'day sendiri... sendiri yg masak wahhhhh sedisssssss :-( x pelah iklas dari hati....yg bestnye buat sampai dua jenis tu...masak lebih kuah baru puas mkn....pilih je mana yg suka...npk gaya mmg kedua2 kuah laku....mlm tu adik ipar dtg mmg langkah kanan le rezeki sekeluarga merasa.....mari2 kita negok resepi ..mcm nak buat lg lah pulak sabtu ni heeee :-)
sdp dimkn ..pilihan ada dua kuah
Resepi Spagetti Meatballs
Bahan-bahan
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum
Sos spaghetti
1 cawan daging cincang
3 ulas bawang merah – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
3 ulas bawang merah – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
Cendawan butang - hiris nipis
Karet - hiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Untuk bebola daging (meatballs): potong ubi kentang, rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan lenyekkan dengan sudu.
Gaulkan daging cincang, ubi kentang, telur, bawang merah, lada hitam dan garam hingga sekata.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat dan salut dengan tepung gandum. Susun bebola daging dalam dulang yang disapu dengan tepung gandum.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola daging dan pastikan bebola daging masak sekata.
Untuk sos spaghetti: tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan daging cincang kacau seketika, masukan tomato puri, sos tomato, buah tomato, stok daging, lada sulah, candawan butang, karet dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sekata.
Masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Untuk spaghetti: rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila spaghetti sudah lembut dan toskan.
Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.Siap untuk dihidangkan...untuk hiasa saya tambah dgn Capsicum dadu dan sosej
sedapnyer kak..tingin plak saya
BalasPadamhuhuu..dh telan air liur tgk spageti itu..sedapnyaaa
BalasPadamHai Ck mmg sdp dua2 kuah laku...akk buat kuah lebih...esoknye boleh mkn lg
BalasPadamHai Yana heee mmg sdp akk mcm nak buat lg je...yg sapagetti meatballs tu...
BalasPadam