Khamis, Mac 14, 2013

Nasi Kurma & Ayam Kurkar


Assalamualaikum hari ni buat sajian nasi kurma belaukan ayam kurkar...mmg kena dgn rasa dan yg pasti sdp...sabenarnya dah pernah masak aym kurkar ni buat test mkn sama nasi putih bulan lepas, masih guna resepi yg sama ada di sini..kali ni buat lg makan sama gabungan nasi kurma peh syok layan betambah :-)...kalau rajin nak buat lauk lain pun ok je..tp saya rasa cukup je dgn lauk ni pastu nnt tambah dgn acar timun ...pada yg x buat lg meh le buat sdp tau :-)

NASI KURMA
Resepi : Ibundo @ Dapur Ibundo

Sumber : YanaShaiful

1 ulas bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas putih ~ dihiris nipis
1/2 inci halia ~ dihirs nipis
2 sudu besar rempah kurma
rempah 4 sekawan secukupnya
sup nasi ayam secukupnya untuk menanak beras
2 sudu besar mentega

CARA PENYEDIAAN:-
Panaskan mentega.
Tumis bawang dan rempah empat sekawan sehingga wangi dan perang.
Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga masak.
Tuang ke dalam periuk nasi yang telah berisi beras basmathi. Tambah air sup secukupnya ( yana ganti dgn kiub ayam jer ). Tambah garam jika perlu. Bundo tidak bubuh garam sebab sup dah cukup terasa garamnya.


AYAM KURKAR
Resepi : Ibundo @ Dapur Ibundo

Sumber : YanaShaiful

2 ekor ayam kampung ~ yana guna ayam xberapa nak kampung ^_^
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari
3 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering )
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik

CARA PENYEDIAAN:-
Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.
Tambah sedikit air dan jadikan pes.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang,
Masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Jangan lupakan garamkan.
Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)


13 ulasan:

  1. salam sue...
    nampak sedap sungguh regu nasi kurma dgn ayam kurkar tu.... nak ambil jugalah resepi nanti kalau rajin boleh cuba...
    t.kasih ye sue..

    BalasPadam
  2. Ermm first time dgr ayam kurkar nie nampak sedap lain kali leh cuba nie thanks kongsi resepi :)

    BalasPadam
  3. wahhhh...sedapnya tengok kak..
    boleh try nnti...

    BalasPadam
  4. sedapnyer kak...lama saya tak buat nasi minyak. Sabtu ahad ni ler kot... hahaha

    BalasPadam
  5. Lama nya tak buat nasi macam ni...sedap nampak.

    BalasPadam
  6. Lama tak makan nasi. Terliurlah pulak

    BalasPadam
  7. Kak Ratna hemmm mmg sdp kak kena dgn lauk nye..kalau guna beras pjg pun sdp canti lg jadi nasi tu bederai je

    BalasPadam
  8. Hai Demima heee mcm akk juga..dulu kira 1st dgr aym kurkar..bila akk telita betul resepinye mcm gabungan rempah Kurma dan rempak kari jeee, jadilah kurkar heee

    BalasPadam
  9. hai Mas hemm mmg sdp nasi ni..harum...kena pulak dgn lauk aym kurkar...syok layan

    BalasPadam
  10. Ck buat tau..nnt bila buat sabtu ni jgn lupa ajak mkn heee

    BalasPadam
  11. Hai Marsita
    hee mmg sdp nnt cuti2 buat ye..bebaloi

    BalasPadam
  12. hai kak Azie hee ada masa nnt buat ye..mmg sdp resepi ni :-)

    BalasPadam
  13. Salam kenal. Nampak sedap sangat gandingan kedua-duanya. Tak pernah lagi buat nasi kurma ini. Hujung minggu ni nak cuba buat.

    BalasPadam