Jumaat, Februari 08, 2013

Bahulu Kasterd Buah-Buahan


Salam sejahtera semua..mendung rupanya sampai kepetang...dah siap sarapan petang sorry ye ni sarapan petang kita semlm punya tau so dah habis dah..pecubaan petama ni...sekali lg respi ni dari kelas Katering & Penyajian form 5...biasa kalau dah siap masak sesuatu manu..ank murid bawa balik separuh masakan yg di masak..jdnya balik rmh pakat rasa seorg sikit hemmm sdp tu ank bujang buat...apa lg cubalah buat...bahulu di toppingkan sama topping kasterd dan taburan buah-buah campuran mmg sdp...nak lg best kasterd tu jgn masak jd pekat tau biarkan ada lembek2 dan basah2 sikit dari air buah-buahan tu....baru best mkn sama  bahulu...jom negok resepi


Bahulu Kasterd Buah-Buahan

Bahan-bahan :
100 g tepung gandum - diayak
60 g gula pasir - dikisar halus
1/2 sk baking powder
3 biji telur A -pd suhu bilik
3 sdb susu cair
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan loyang yg bersesuaian, lengserkan dgn mentega dan alaskan dgn kertas minyak. Panaskan suhu oven pada suhu 180C.
Satukan gula dan telur di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan ringan... (high speed).
Masukkan esen vanilla, susu cair, dan baking powder. Putar lagi hingga kembang dan gebu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dgn senduk kayu. Gunakan kaedah kaup balik.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 - 45 minit atau sehingga perang menyeluruh.
Setelah masak, keluarkan bahulu dari oven dan sejukan di atas radai.

Bahan utk topping kasterd
Susu cair/Susu segar 250ml
2 sdb tepung kasterd
1-2 sdb gula
Satukan semua kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana, bila agak hampir likat cepat2 tutup api


Sapukan adunan kasterd keatas bahulu hingga rata dan taburkan buah2 campuran..dan renjiskan air dari buah2 campura bg ada kelembapan...Selamat mencuba


6 ulasan:

  1. suatu kelainan juga ni...kita suka arrr yg ada puding2 ni..

    BalasPadam
  2. Nak cuba sepotong... nampak sedaplah! Teringin pulak...

    BalasPadam
  3. ~ masuk list dulu..dh berkenan di hati nak mencubanya^^..nyumnyumm..sedap..suka mkn buah cocktail tu ^^

    BalasPadam
  4. Hai Kak Rohah hee betul tu masa ank bawa balik pun negok teruka resepi ni tu yg buat dan share kat sini..cuba ye

    BalasPadam
  5. Hai kak Amie boleh saja mmg sdp kak basah rasanye dgn buah2 campuran

    BalasPadam
  6. Hai Yana ada masa buat ye...mmg sdp gabugan bahulu, kasterd dab campuran buah2 basah...

    BalasPadam