Khamis, Oktober 13, 2011

Sambal Hitam Pahang 2


Assalamualaikum salam sejahtera di pg khamis...cerahhh matahari pun dah mula memancarkan sinarnya...buat lg sambal hitam pahang ..kali ni buat lebih dah cadang boleh simpan kalau nak mkn ambik aje...masak sambal ni mlm tadi...bg kering dah sejuk baru lah masuk bekas......lg pun mmg dah cadang nak mkn dgn sarapan pg ni...ok kita layan dulu resepi sambal hitam pahang ...sebelum ni pun dah letak...tp sy letak lah sekali lagi yeeee

SAMBAL HITAM PAHANG
Resepi : Izah Daut

Bahan-bahan

Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5-6 ulas cili padi bergantung citarasa pedas
4-5 biji belimbing buluh rebus
Sesenduk minyak untuk menggoreng

Tumbuk cili padi sampai lumat dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit hancur bersama belimbing buluh tadi. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk dan bawang. Goreng sehingga garing dan rasakan dengan gula dan garam. Tambah sikit kicap untuk warna yang menawan. Minyak kena banyak sikit untuk garingkan sambal ni. Lepas tu dah garing boleh toskan sikit minyak tu. Sedia dihidang.
 Kali kedua buat telebih gelap heheh dan ikan bilis pun hancur sikit...sdp tau

8 ulasan:

  1. alaaaaaaaa..
    kak shiela menggoda saya tau..
    udah le stok ikan bilis dah habis ni. haishhhh.. meleleh dah ni trasa2 kat tekak.. warne pun hitam cun tu. pedas pati kena menyengat..fuhh

    akak kuih lepat liat tu mmg ku rindui la... sedap kalau inti banyak pastu kulit di nipis. fuh mmg layann

    BalasPadam
  2. kalau saya g esok pg mn umah akk agak2 ada lg x? hihi...sedapnya mkn pns2

    BalasPadam
  3. as-salam
    hitamnye sambal tu..macam dah popular sambal hitam pahang ni..mesti sedapkan mkn dgn nasi panas2..

    BalasPadam
  4. Hai Izah tetet tq byk2 tau mmg family akk dah jatuh cintan same smbal ni...cik abe kata kalau mkn same nasi lemak lg sdp heheh mcm kan hehhe.kali ni buat hitam pekat wakkk mmg menyegat

    Lepat liat tu sdp ank2 pun suka..seakan rasa kuih koci pun ada...layan yeee

    BalasPadam
  5. Hai Anna hehhe kalau dtg esok masih ada lg mmg ak buat byk...leh simpan lama nak mkn hagatkan balik je ..mmg pekana pulak dgn nasi hatag mmg betambah di buatnya

    BalasPadam
  6. W'salam Ady hehe tulah dah popular sambal ni..dulu mmg x pernah cuba pun..tp bila sekali pekena nak lagi hehheh kalau rajin cuba yeee

    BalasPadam
  7. kita pun tergoda dan terus zasss g buat...hahaha....mekaseh kerana berjaya menggoda akak...

    memang sedap kannnn...

    BalasPadam
  8. Hai mak Qis hheh dah buat ye amacam sdp kan leh simpan dlm peti tau

    BalasPadam