Khamis, September 22, 2011

Pengat Pisang Besagu@ Bubur Pisang


Salam besiaran di mlm hari....maaf lambat masuk N3 siang tadi byk kerja sikit.....juadah buat minum petang tadi dessert pegat pisang...letak sagu lebih sikit...mmg suka hirup kuah pegat ni...nak mkn sejuk pun boleh ...jom layan......


Pengat Pisang Bersagu
Resepi : Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:

8 biji pisang abu
1 keping gula kabung/gula merah
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan masing)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Sedikit biji sagu - basuh dan toskan
2 helai daun pandan - disimpul
Sedikit garam- untuk melemakkan rasanya

Cara-cara
  1. Pisang di potong bulat serong atau ikut suka.
  2. Daun pandan di siat2 kemudian di simpul.
  3. Masukan semua bahan ke dalam periok kecuali pisang dan sagu.
  4. Masak dengan api pelahan , sentiasa kacau pelahan2..sehingga mendidih.
  5. Masukkan biji sagu,pisang dan bila dah empok, tutup api.
  6. Sejukkan..masukan dalam peti sejuk lagi sedap..sedia untuk di makan..

13 ulasan:

  1. alahai... sedapnyer laa pengat pisang.. dh lama x mkn nih. bila ada pisang, lupa pulak nk wat. ye laa, mcm2 resepi yg guna pisang yg nk di try. tun tumpang kn umah akak je la =)

    BalasPadam
  2. Hai tu ye betul tu dgn pisang bebegai resepi boleh buat....nak tumpang mkn yeee boleh silakan

    BalasPadam
  3. bestnyer pengat pisang...

    P/s: Teringat kesedapan bubur kacang akak hari tu, tak manis, tak tawar..sedang2 elok jer...saya cuba gak buat, tp tak jadi macam tu... huhuhuuuu..... kena menuntut ni.. hehehe

    BalasPadam
  4. salam..
    sedap nye weh..dh lama xmkn pengat pisang nie..

    BalasPadam
  5. Hai Ck ye ke sdp bubur kacang hijau tu ye..gulanya sdang2 rasa aje...nnt akk buat lg ye

    BalasPadam
  6. Hai Mizwa, sdp mkn sebelah petang.nak mkn panas atau sejuk pun boleh ada masa nnt buat ye

    BalasPadam
  7. alamak! ada pengat pisang la pulak kat cni. dah lama x makan pisang ni.

    BalasPadam
  8. Kalau petang2 ada pengat pisang,memang siok betulll..

    BalasPadam
  9. Sheila,ada lg k pengat pisang tu?

    BalasPadam
  10. kat rumah ada pisang nangka... rasa mcm nak buat pengat aje bila tengok pengat pisang kat sini...

    BalasPadam
  11. dah lama betul akak tak buat pengat pisang..terliur betul tgk pengat sheila ni.tambahan skang ni asyik2 dgn menu raya..sesekali makan pengat musim syawal ni sedap jugak kan?

    BalasPadam
  12. sedap kalau mkn time buka puasa ni

    BalasPadam