Jumaat, Jun 28, 2013

Stew Ayam (Breakfast)

Assalamualaikum...Salam Jumaat jemput sarapan sama....:-)


Kelentang kelentung heee pg2 dah turun opis...lepas solat subah terus besauna di dapur...plan manu sarapan dari mlm td dah di pikirkan...hemmm sdp tau....simple dan bekhasiat...4 keping roti cicah sama stew aym pun dh kenyang...dgn rasanya yg sebati dan kuah yg pekat2 tu pehhh syok menghirup...Stew ni kalau x habis boleh masuk peti ais..nak mkn pehangatkan balik..tp yg pasti x sempat nak ada yg lebih2 pun..sehari dah habis punya..nak mkn sama nasi pun boleh...tp sy lebih suka dgn roti....apa lg jemput sarapan :-)


RESEPI STEW AYAM

Bahan-bahan:

1/2 ekor aym potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara
Ayam siap di potong lumur dgn lada hitam. Panaskan minyak didalam periuk goreng seketika ayam td jgn masak sangat ada perang sikit terus angkat
Tumiskan bawang putih, bawang merah, lada hitam dan daun bay.
Masukan air secukupnya, letak kentang dan lobak kacau rata. Tutup sekejap
Kemudian masukan ayam td, tutup dan masak lagi selama 10minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. masukan pes tepung gadum yg di bancuh dgns sedikit air, kacau sebati bg kuah pekat
Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Rabu, Jun 26, 2013

Sata Ikan

Assalamualaikum...salam ceria


lg satu makanan pantai timur yg menjadi kegemaran keluarga...hemmm kalau balik temerloh x beli sata mmg x sah...sambar RM 10 pun x cukup...lg satu kalau balik kg kedua sure lalu ikut pantai ganu punya.. dah alang2 lalu, kat situ pun tepi jln ada gerai2 yg jual sata...mkn tepi pantai mmg syok layan heeee, kat kl ni manalah nak jumpa gerai jual sata...melainkan di pasar ramadhan je ada jual, tu pun pehhh mak hai paham2 leee harganya :-)...kira buat sendir lg bebaloi..rajin dgn tidak je ....yg rasa nak mkn tu kenalah rajin2 buat..secara x langsung boleh belajar dan tahu cara2nya....bhn2 penyediaan pun ssenang, x jd masalahkan heeee..sata buat sendiri x payah nak cucuk2 bagai dgn besi pemanggang, sata homemade sy ni pulak telebih rajin buat dlm dua bentuk, satu bentuk biasa, satu lg di ubah suai bentuk segi tiga....amat sesuai di panggang dlm pemanggang ajaib...sdp cubalah :-)


SATA IKAN
Bahan- Bahan
1 kg ikan - Ikan kembung, ikan sardin, ikan selayang
1 biji kelapa parut muda
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 susu lada hitam - tumbuk
 3 tangkai cili padi - racik
Garam/gula
Daun pisang - untuk membungkus
Lidi atau staples


Cara Menyediakan Sata
Seperti biasa basuh dan buang perut ikan, belah ambik isinya ikan saja, di tumbuk atau kisar
Bawang besar, halia, kelapa parut di tumbuk halus atau kisar
Dalam bekas besar satukan semua bhn2 yg dikisar tadi
Masukan lada hitam tumbuk, cili pd yg di potong, garam/gula gaul  bg semua sebati - gaul dgn tangan lg snng
Daun pisang di lipat kon dan letak inti di dlm semat dgn lidi atau ketip dgn staple
Bakar diatas kuali lepar atau dlm pemanggang ajaib - dpt bakar dgn arang lg harum..
Bakar selama 10 - 15 Minit sambil di tebalik-tebalikan - bergantung pada tebalnya inti



Selasa, Jun 25, 2013

Chicken Curry Pie

Salam sejahtera


Sarapan apa pagi ni...moga dpt sarapan yg bekhasiat ye...lepas bebuka smlm ingat sempat le nak n3 kat sini rupanya hemmm tebongkang dpn tv.. selesai solat magrib mata berat je...baring dpt tv nak negok berita pun telelap2 :-)..pastu negok master chef pulak...alih2 lupa lg ..pg ni baru le ada time :-)...masuk je rumah Kak Nor67 smlm pg terus hati bedetik ehhhhh cantiklah tu boleh lah try buat utk manu bebuka...bhn2 pun npknye mudah2 aje...mmg khas buat utk bebuka..sian ank2 telan air liur...siap pesan tu pie ni mama punye buat  utk bebuka baru potong heee...sabo jelah dia org..hemm sdp inti dlm sy grg basah2 sikit..rasa kari mmg layan kulit tu ragup rapuh je...suka bahagian atas tu garing2..bahagian tepi dah bawah cantik masaknya..perang je....boleh le buat lg....next nak letak cheese pasti sdp....


CHICKEN CURRY PIE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber resipi : Sariyusa

Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas)

250 gm tepung gandum
140 gm mentega
1 sb gula kastor
1 sk garam ~ k.nor skip sbb butter dah ada rasa masin
1 biji kuning telur

Cara menyediakan crust:
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi.
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit.
Cara mencanai doh boleh lihat di sini
* k.nor simpan doh yg telah siap dalam peti ais lebih kurang 30 min sebelum digunakan.
Bahan2 inti :
250gm isi ayam ~ dipotong dadu
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 bj ubi kentang ~ dipotong dadu
1 btg lobak merah ~ dipotong dadu
1 batang celery ~ dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
garam dan gula
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Goreng hingga ayam bertukar warna.
Masukkan serbuk kari, lobak merah dan celery.
Kacau hingga sebati.
Masukkan susu segar dan kacau.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Renihkan sehingga kuah menjadi pekat dan hendaklah dikacau sesekali supaya inti masak dgn rata dan tidak berkerak.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Padamkan api dan ketepikan.

Cara assemble pie ayam:
Keluarkan doh dari peti ais dan ambil setengah darinya dan canai nipis (saiznya melebihi dr saiz loyang)
Kemaskan bahagian dalam pastri dan juga bahagian tepi loyang.
Cucuk dgn garfu dibahagian dalam pastri supaya tidak menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan (180C) selama 20 min.
Keluarkan dr oven dan masukkan inti ayam. Ratakan.
Tutup dgn lebihan doh yg dah dicanai.
Kemaskan bahagian tepi loyang pie dan hiaskan mengikut kreativi masing2.
Sapu dgn kuning telur yg dah dicampur dgn sedikit susu segar.
Bakar sekali lg lebih kurang 20 - 30 min atau bahagian atas keemasan.
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika, kemudian keluarkan dr loyang pie dan hidangkan.

* utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkannya ke loyang, gunakan 2 helai plastik atau kertas baking yg diletakkan dibawah dan atas doh (boleh rujuk link pd resipi doh/crust di atas)
** k.nor guna loyang pie 8"


Isnin, Jun 24, 2013

Tapai Pulut

Assalamualaikum...Pada yg bepuasa tu selamat ye....


Test-test, cuba- cuba heeee org lain dok test2 buat biskut raya..sy pula cuba buat tapai pulut...1st tu...dlm hati hrp2 menjadi le...bila hasilnya dah npk dua hari pehhh bebunga hati... alhamdullilah menjadi juga tapai ku..berair-air lg...manis sedang2 elok je....utk pecubaan ni try buat dlm 1/2 kilo je, tu pun Mr. Bos kata byknya buat sapa nak mkn hee sy lah yg nak mkn, ank dara pun suka juga :-)...alang2 sukat beras pulut teruskan jelah buat 1/2 kilo tu....lg pun snng nak agak...dpt byk juga bila dah di bungkus....tp kan mmg le tak cukup lepas satu satu habis laku....nak pulak bila masuk dlm peti ais mkn sejuk2 sdp....kiranya pecubaan ni menjadi bolehlah raya nnt sy buat byk...InsyaAllah...kiranya lg seminggu nak raya 3,4 hari dah kena memproses tapai heee...sama naik dgn nak buat biskut raya tu heeee....InsyaAllah kalau sihat tubuh badan...


Tapai Pulut

Bahan2
1/2 kg beras pulut - rendam  4 jam
11/2 - 2 sudu kecil ragi - yg telah dihancurkan
Daun pisang - utk bungkus tapai
Lidi untuk semat / Stapler

Cara2
Basuh dan tos beras pulut, kemudian kukus selama 1/2 jam kemudian kuarkan pulut tu gaulkan dengan air panas kemudian kukus skali lagi. Setengah org yg pandai masak pulut dia akan masak mcm masak nasi sbb kukus pulut lama.so terpulang cara masing2.
Pulut dah masak sejukkan pulut dengan meratakan pulut atas tray/talam untuk senang tabur ragi
Bila pulut dah sejuk taburkan ragi sama rata keatas semua pulut. Kemudian terbalikkan dan ulang langkah tabur ragi keatas pulut.
Tabur ragi dengan mengayak guna penapis teh
Gaul mesra pulut dengan ragi pastu boleh mula membungkus dgn daun pisang atau terus masuk tuppware
Simpan tapai pulut dalam bekas yg bertutup. * Jgn masuk peti ais pulak, selepas dah menjadi dua mlm boleh le simpan sejuk *
Perap selama dua malam dan tapai akan menghasil kan air, InsyaAllah menjadi

tapai ni saya perap dlm bekas dua mlm, bila dah menjadi baru saya bungkus dan sejukan


Jumaat, Jun 21, 2013

Laksa kari Ala Cina

Salam Sejahtera


Semalam pg npk resepi ni kat rmh Kak Zana Fahmi..terus tepikir wahhh bolahlah cuba buat hidangan bebuka...dlm tegahari g kedai cari bahan2..tu pun ada yg x mencukupi kat kedai sebelah rmh, udang dah habis....ada udang lg sdpkan :-)....npk resepi pun x lah susah mana lebih kurang kuahnya mcm kari ayam aje..pastu mkn sama laksa...satu kelainan x pernah lg rasa tu yg nak menerai....boleh tahan juga sdpnye mmg ada ala2 mee kari cuma bhn hias tu ikut sama hiasan laksa asam..letak bawang, timun, cili, limau potong,...sdp lg kuahnya ada rasa pedas dan masam masin tambah sikit lg garam..tp jgn le telampau byk letak masin pulak kuah kari, kira agak2 le sesuai dgn rasa.....laksa putih kan rasanya tawar..so bila dah di letak kuah kena lah ada rasa masam2 sikit...baru sdp mkn, resepi asal dari dapur Tun Talani yg di ambik dari buku masakan yg di belinya tq Tun..kalau nak tahu rasa cuba lah buat ye :-)


KARI LAKSA ALA CINA
@blogsurirumah
sumber : Tun Telani

Bahan A

2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
6 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 cwn santan

Bahan B
1/2 labu bawang besar
1 inch halia
1 btg serai
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - sama mcm tun, 2 sb cili mesin
1/4 cwn udang kering

Bahan C
3 ekor udang
2 sudu makan isi kerang - yg ni takde
3 bj bebola ikan - pun takde

Bahan D
1 inch kulit kayu manis
1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
15 helai daun kari

Bahan F
2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
1 bj telur rebus
2 sb hirisan timun
1 bj tauhu pok
1 tangkai daun sup
1 sk bawang goreng

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
Tabur bawang goreng dan daun sup.


Khamis, Jun 20, 2013

Biskut Bangkit Susu

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua


Pada yg bepuasa sunat hari ni selamat bepuasa ye...jom kita membangkit.....ni ptg semlm punye projek..sekali masuk kemulut nak bekali2...sdp cuma lain kali buat kena kurangkan manis, pada saya lah.. ..tp tetap sdp..bila dah sejuk ringan je biskut ni...di luar ragup dlm pula rapuh masuk kemulut cair jadinya...masa nak susun pada try jgn susun rapat2 tau jarak2 sikit dlm 2/3 jari sbb biskut akan megembang bila di bakar...saya dah testing sebelum puasa so dah tahulah mana yg kurang dan yg lebih..insyaAllah boleh le buat utk raya nnt...resepi yg senang ni dtgnya dari kak Fida MyR..tq kak


tunggu sejuk baru masuk dlm balang

    Bangkit Susu
    Resepi : Kak Fida MyR

    Bahan-bahan ( 60-70 keping )
    250 g tepung ubi/tapioca flour
    1 helai daun pandan - gunting kecil
    2 sb gula icing
    3 sb susu manis (60 g)
    100 g majerin/mentega - lembut

    Cara-cara
    Sangar tepung dan daun pandan hingga ringan dan sejukkan.Ayak tepung ke dalam sebuah mangkuk.
    Campurkan gula dan susu manis dan uli lalu masukkan pula majerin/mentega sedikit2 dan uli
    hingga adunan lembut dan boleh dikepal.
    Canai doh dan terap dengan penerap pilihan.Susun atas dulang pembakar.
    Bakar pada suhu 150C selama 12-15 min atau ikut kepanasan oven masing2.
    Sejukkan bangkit atas redai.Simpan di dalm bekas kedap udara.
  *   utk hiasan saya ambik sejemput adunan dan letak warna kesukaan, di gentel2 kecik letak tegah2 biskut*


Jumaat, Jun 14, 2013

Mee Udang

Salam Sejahtera


Alhamdullilah betemu lg di jumaat yg indah...cadangan suruh buat dari mlm td...balik sklh x nak mkn nasi...abg, kakak nak mkn mee udang katanya....siap sudah sajian utk teghari ni, abg kata balik lepas solat jumaat baru mkn, kakak pula sampai rmh bersihkan diri terus nak mkn ..x sabar katanya bau kuah yg harum di dapur heee...mmg sdp tau walau pun ada yg x lengkap, tauhu grg jeee...mkn mee udang ni sdp letak kuah lebih2...rasa kuah dari udang tu yg buat manis....nak pulak kuah tu pekat2 dgn rasa kentang,,kita suka letak tauge dan bwg gereng lebih...baru syok...cuma satu je x ada cili jeruk..apa pun ni dah cukup sdp juga..resepi yg mudah ni kita ambik dari dapur Dayang..rindu pulak masakan dari adik seorng ni...miss u...jemput semua :-)

Mee Udang

Resepi : Che' Iza@Myr
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan: ( 3-4 org )
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering (DJ tumbuk halus) - sama juga letak lebih dlm 2 sd
*1/2 inci halia
1 sb petis (DJ guna belacan bakar) - guna belacan
3 sb sos tomato
1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

Bahan-bahan yg DJ tambah : sy ikut
kiub ayam
sos ikan
kentang (direbus empuk dan dikisar dengan sedikit air)
tauhu goreng
telur

Cara-cara
Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng....


Khamis, Jun 13, 2013

Spagetti Meatballs & Meatballs Carbonara

Assalamualaikum


Maaf lah ye ni manu sajian yg saya buat jumaat lepas...mmg cantik, kebetulan hari kelahiran saya jatuh pada hari jumaat tu ingat nak mkn luar aje..tu tup Mr.bos kata balik lambat sikit alah alasan lah tu suruh org rmh masak sendiri hahahha... pikir2 nak masak ape yekkkkk..last2 buat manu western lah..lg pun lama x buat...x aci kan b'day sendiri... sendiri yg masak wahhhhh sedisssssss :-( x pelah iklas dari hati....yg bestnye buat sampai dua jenis tu...masak lebih kuah baru puas mkn....pilih je mana yg suka...npk gaya mmg kedua2 kuah laku....mlm tu adik ipar dtg mmg langkah kanan le rezeki sekeluarga merasa.....mari2 kita negok resepi ..mcm nak buat lg lah pulak sabtu ni heeee :-)


sdp dimkn ..pilihan ada dua kuah


Resepi Spagetti Meatballs

Bahan-bahan
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum

Sos spaghetti
1 cawan daging cincang
3 ulas bawang merah – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
Cendawan butang - hiris nipis
Karet - hiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Untuk bebola daging (meatballs): potong ubi kentang, rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan lenyekkan dengan sudu.
Gaulkan daging cincang, ubi kentang, telur, bawang merah, lada hitam dan garam hingga sekata.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat dan salut dengan tepung gandum. Susun bebola daging dalam dulang yang disapu dengan tepung gandum.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola daging dan pastikan bebola daging masak sekata.

Untuk sos spaghetti: tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan daging cincang kacau seketika, masukan tomato puri, sos tomato, buah tomato, stok daging, lada sulah, candawan butang, karet dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sekata.
Masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Untuk spaghetti: rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila spaghetti sudah lembut dan toskan. 
Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.Siap untuk dihidangkan...untuk hiasa saya tambah dgn Capsicum dadu dan sosej

Resepi:  Meatball Carbonara ada di sini cubalah mmg sdp


Rabu, Jun 12, 2013

Biskut Semprit


Salam sejahtera...semlm pagi punye projek...saje test menjadi ke tak biskut samprit yg dah lama nak buat...jadi juga ye...ragup, sdp cair di mulut heeee..senang je rupanye...nnt ada waktu teluang nak cuba pula semprit susu dan semprit cheese..kat atas tu nak npk cun pandai2 le tabur coklat urai ke, gula2 manik ke, sy just tabur gula halus yg di warnakan je...pink lg :-).. npk gayanya seisi rmh pun suka... kira boleh buat lg...ok jom semak resepi biskut semprit yg sdp ni...


Biskut Semprit
Resepi : Kak Nzeila MyR
Sumber : Kak Rose

Bahan-bahan 
300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Cara-cara
Pukul butter, gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur, kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
Bakar 150C selama 20 minit


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More