Sabtu, Mac 31, 2012

Nasi Lemak & The Geng


Salam besiaran n3 di pg hari yg gelap.. ni ialah manu yg dah habis jangan maree yeee  ..nasi lemak yg buat beberapa hari lepas,  masak utk juadah bebuka....nak habis kan pose ganti yg tinggal lagi berapa hari je ...kita masak pun yg sempoi12 aje lauknya, sambal, telur rebus, kacang goreng, kangkung goreng dan paru goreng kunyit....resepi x yah lah yee cos rata2 kekawan mmg dah pandai buat nasi lemak ni just tambah kan beberapa biji halba aje dlm nasi tu ....ok tuan rmh kuar dulu , pada yg becuti esok selamat becuti yeee..... saya tingalkan dgn hidangan nasi lemak ni ok ..bg kawang2 terliuq hehehe

 Lauk paru goreng besama tampe


Jumaat, Mac 30, 2012

Mee Hailam


Assalamualaikum....sejuk hari inikan,  maklumlah dari subuh sampai nak masuk tghari baru hujan behenti turun, matahari muncul pun sama byk nak dgn x nak aje..tp mendung2 cam ni best pulak kan hehehe.....selesaikan kerja-kerja dulu, kemas apa yg patut susun2 baju dlm bag, ehhh nak kemana yekkk... insyaAllah esok lepas sarapan pagi nak balik kg...kebetulan minggu ni semua adik beradik ipar balik bekumpul, lg pun mlm esok di rmh mil ada buat mkn2 sikit....oklah bebalik pada n3 ni...utk lunch td kita masak mee hailam aje nak habiskan stok dlm peti besi...masaknya pun cpt...dan cpt juga di mkn hehehe...resepi mee hailam ni kita ambik dari dapur rumah Kak Hanielize...sdp..cuma kuah tu kita kena masak bg pekatkan lg sikit baru sdp....

MEE HAILAM
Resepi : Kak Hanieliza 

Bahan-bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk] 
bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


Rabu, Mac 28, 2012

Bun Tuna


Salam besiaran sekali lg di petang hari gila meroti pulak skrg ni...bila dah sedp menjadi, tu yg x nak behenti kan...pemintaan jgn ckp lahhh suruh buat memanjang...lg pun cpt laku roti moti ni hihi...kepuasannya sbb di uli gan tanggan pehhhhh....boleh kecik lengan kita hahaha...masih menggunakan resepi yg sama mcm kita buat roti sosej pintal tu, guna Basic Dough dari Kak Nor..bentuk Love tu bukan main bam bam lg jadinya....letak tuna pehhh sdp....nak letak sardin pun boleh.....


Roti Basic Dough
Resepi : Kak Nor
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
380gm tepung high protein (tpg roti) - Mas guna tepung gandum ~ Shila pun sama
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A - dikocok siket dgn garfu
100 ml air - Mas guna susu segar suam kuku  ~ sheila pun sama 
100 gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter - Mas guna marjerin
30 gm shortening
Cara membuatnya :
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
# Kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
Boleh tengok disini untuk Kaedah menguli menggunakan tangan.
Sheila uli guna tangan aje..puas rasanya....

Inti Tuna
1 tin tuna dlm tin/ ikan Sardin - kalau guna ikan sardin buang sosnya
2 sudu Mayonis
1 sdk lada sulah
Sedikit garam
~ Satukan kesemuanya dlm bekas dan gaul rata


Kek Ubi kayu


Salam utk semua, besiaran di pg rabu yg dingin, pepagi subuh hujan turun dgn lebat..tp kita tetap bagun awal tau menyelesaikan tugas2 harian yg telah di amanahkan kuang kuang kuang ...hemmm tayang kek ubi kayu...betapa ketingalan jauhnya kita yeee...rupanya ramai juga yg sudah mencuba kek ubi kayu ni...negok kat pos MyR bederat kekawan dah buat....kita membako kek ni mlm td, pg yg dingin leh le resmi buat utk sarapan......hem keknya sdp, rasa ubi kayu tetap ada, x berhampas sbb kita blande halus dan perah air sagunya...kek ni ada sikit lembab2..tp tetap gebus...nak tahu rasanya kenalah buat yeeee... resepi kita terus ambik di MyR dari Along Roz, tq Kak Along Roz kita ambik dan copy di sini ye....


KEK UBI KAYU
Resepi By : Along Roz - MyR

Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )
  • 1½ cawan (375g) Mentega
  • 1½ cawan Gula Halus 
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan Vanilla
 
ubi kayu yg telah di blande dan perah airnya

Cara-cara

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
  2. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak. 

Sabtu, Mac 24, 2012

Roti Sosej Pintal


Salam besiaran di hari cuti....tuan rumah x ada cuti sentiasa bekerja...kalau ada cuti pun cuti yg di rancang hahah hem ni nak n3 roti yg di buat utk mkn2 petang semalam,,,dah jatuh cintan pulak pada roti yg buat sendiri....baru tahu akan ke jimatannya wakaka ada lebih buat sarapan pg tadi...kali ni taburkan bijan aje..kalau rasa nak letak sos  dan mayo picit aje....... bentuk tepulang pada kesuakan sendiri nak  buat lilit2 ke nak buat beselang seli ikut lah yeeee ...hem mencuba resepi yg sama cam Mas buat tu Basic Dough...hemm lembut..boleh buat lg ni.......Tq


Roti Sosej Basic Dough
Resepi : Kak Nor
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
380gm tepung high protein (tpg roti) - Mas guna tepung gandum ~ Shila pun sama
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A - dikocok siket dgn garfu
100 ml air - Mas guna susu segar suam kuku  ~ sheila pun sama 
100 gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter - Mas guna marjerin
30 gm shortening

    Cara membuatnya :
    Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
    Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
    Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
    Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
    Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
    Biarkan sehingga proses menguli selesai.
    Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
    Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
      # Kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
      Boleh tengok disini untuk Kaedah menguli menggunakan tangan.
      Sheila uli guna tangan aje..puas rasanya....

      Khamis, Mac 22, 2012

      Kuih Tako


      Salam besiaran di malam hari hemmmm utk hidangan hari ni lambat masuk n3..tuan rmh rehat beberapa jam ..syukur alhamdullilah lepas juga puasa ganti hari ni...pg td pun masuk kejap ajee sbb nak n3 desser yg buat petang smlm...utk kuih bebuka sempat lah tghari tadi mebentukan kelongsung kuih tako...setakat daun pandan tu x susah belakan rumah melambak rinbunnya....daunnya pun lebar dan pjg..sehelai boleh dapat buat 2 kelongsung...npk mcm sukar nak buat tp rupanya senang aje..bhn pun x byk cuma kena sabar le masa nak megisi adunan dlm tu..kalau rajin boleh buat kelongsung daun pandan... kalau malas masuk je dlm gelas atau bekas kecik2 tu....resepi kuih tako ambik dari rmh Juwita......isi dlm nya saya letak sengkuang cina yg di dadu halus..sdp sengkuang ni rasa pun manis dan ragup.......ok sy dah selamat bebuka...mmg sdp kuih pun  lembut aje...tq Juwita dan Kak Azlita pun pernah buat nak tahu cara buat kelongsung boleh masuk blog Kak Azlita yeee...

      Kuih Tako
      Sumber:-Juwitafariz

      Lapisan Bawah
      25 gm tepung hoen kwe hijau ( ita guna putih)
      1 1/2 cawan air
      1/2 cawan gula
      2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak ada boleh guna buah pear) - ita guna buah pear
      ita tambah sedkit esen pandan dan pewarna hijau

      Lapisan Atas
      25 gm tepung hoen kwe - putih
      2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
      secubit garam

      Cara-cara
      1. Susun kotak pandan atas tray.
      2. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
      3. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
      4. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
      5. Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
      6. Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
      7. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
      8. Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap! 

        Sira Labu


        Assalamualaikum, salam di pg Khamis ....lama x buat dessert hehe, n3 semlm punya dessert buat mkn petang2...terigin nak mkn manisan dari pantai timur, npk labu kat tesco puchong besar juga...terus sambar...hemmm buat dlm setengah biji aje... belah ikut alur dpt 6 kerat...tp siranya sy buat x manis sangat tau, sy tambah gula pasir putih tu dlm 3 sudu, kira secukup manis...gula merah tu pun bukannya manis sangat pun...masa masak siri ni bau daun pandan sikit punya wangi kata kooooooo....mmg cantik x hancur pun sbb di rendam sama air kapur 2 jam...cantik lembut masaknya....tp nak mkn ni kena lah sediakan air kosong yeee..kalau nak buat air manis pun biarlah manis2 buah hehehe, ada tu suka mkn siri ni sejuk2..pada saya kedua2nya pun boleh,  x sempat nak simpan sejuk dan kena ngap... ada bebagai sira, sira pisang, ubi kayu, ubi keledek semunya sdp2 belaka...tp pilihan saya sira labu leee... resepi kita ambik dari dapur Cendana kasih....tq...

        SIRA LABU
        Resepi :  LizaComel-MyR
        Sumber : Cendana Kasih

        Bahan-bahan
        1 biji labu
        sedikit kapur makan
        gula melaka
        daun pandan
        air
        ~ sheila tambah 3 sudu gula pasir

        Cara-cara
        Labu dibersihkan dan dipotong
        Lumur labu dengan kapur makan selama 15 minit (ini untuk mengeraskan labu tu)
        Cuci labu bersih-bersih dan masukkan dalam periuk.
        Masukkan juga daun pandan dan gula melaka.
        Renjis sedikit air dalam periuk (kalau suka kuah, letak ler air lebih sikit pun takpe) ~ sheila buat ada sikit kuah
        Masak labu dengan api perlahan selama 30 minit.
        Siap dan bolehlah disejukkan dahulu sebelum makan.

        Rabu, Mac 21, 2012

        Kek Buah Kukus


        Salam besiaran di hari rabu...kek yg dah lama sangat2 nak buat...mcm hari raya pulak yeee.....biasa kek buah kukus ni terbit time2 nak raya..skr dah x kira... x raya pun leh buat....rajin dgn x rajin jeee...memandangkan Cik Gas pun baru beganti jd x ada masalah le nak megukus setakan  sejam dua...kalau ikut kan resepi mahu sampai 4 jam pehhhh jenoh nak menunggu... leh sambung tidur balik tu kalau setkan time heeee....ni resepi yg kira paling mudah le nak buat...kek buah ni kalau dah semalamman baru sdp rasanya, makin lama makin sdp tp kena lah rajin megukus balik.. nak elok tahan lama simpan dlm peti.. kek kita buat ni biasa2 je guna buah campur dlm kotak aje, ceri hijau merah, kekacang kita x letak..ingat raya nnt kalau buat lg leh le letak mcm2 dlm kek....gula hangus pun x berapa nak gelap hemm next time kena bg gelap lg....maklum le teruja sangan nak mkn....kek yg npk cantik bekilat mcm kek yg CMG buat tu....kita suka sangat....Ika pun pernah buat cantik taburan dan padat buah2 dlm keknya....tq resepi yee, next buat kena perbaiki lg


        KEK  BUAH KUKUS KONTROVERSI
        RESEPI : CMG


        BAHAN-BAHANNYA :-)
        375 g buah2an campuran (mix fruit)
        250 g mentega "Golden Churn"
        300 g tepung gandum*
        1 camca teh sodium bicarbonate*
        1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
        3 biji telur gred A
        150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
        150 g gula pasir (untuk gula hangus)
        1/4 cawan badam keping (flakes almond)
        1 biji pala, diparut (nutmeg)
        Ceri merah/hijau untuk hiasan

        lagi gelap lg cun

        CARA MEMBUATNYA :-)
        1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
        2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
        3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
        4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....
         nak buat lg nnt.... x berapa nak puas hati sangat, x cukup cun bekilat dan nak bg npk gelap

        Selasa, Mac 20, 2012

        Bihun Sup Utara


        Besiaran di hari selasa, hai semua dah siap masak keee utk mkn tegahari ni...hari ni sy x masak nasi pun tukar seleralah...Mr.N yg request suruh buat bihun sup utara, katanya asyik mkn nasi ajeeee...ok gak kan x byk le kerja sy hari ni ahmammm... apa pun  tuan rmah kena santap dulu ye.... kalau dpt bahagian daging yg betulang atau rusuk lg sdp, pastu campur sama perut dan paru pehhhhh...yg saya buat ni cuma daging aje, yg ni pun rasanya dah letoop sdppppp hehehe....sy suka kat sambal cili, ada rasa masam2 manis buat byk2 simpan dlm peti  kalau lain kali ada masak mee grg ke boleh makan sama sambal cili ni...letak lebih lagi powerrrr..kuah pun sesuai x cair dan x pekat sedang2 elok.....kuah bihun sup ni sy buat lebih nnt mlm leh mkn cicah sama roti.....resepi ni sy ambik dari dapur Kak Madihaa@Ratna... kawan2 yg dah try buat resepini  Ika-Arah , Kak Ayu S'por...tq Kak Madihaa...

        BIHUN SUP UTARA
        Sumber :  Madihaa@Ratna
        Bahan Sup
        Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
        Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)
        2 ~ 3 kuntum bunga lawang
        2 inci kulit kayu manis
        1 s/b ketumbar
        ½ s/b jintan manis
        ½ s/b lada hitam
        3 biji buah pelaga
        ½ s/b lada putih
        (sukatan tu aku main agak2 jer)

        Bahan Kisar
        2 labu bawang besar
        6 ulas bawang putih
        2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
        2 batang serai - dititik
        1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
        1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
        1/2 kg tulang
        1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih
        air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
        garam & serbuk perasa
        serbuk lada hitam secukupnya

        C
        ara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..
         Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
         Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
         Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
        Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

        Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan

        Menyediakan Bihun
        bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
        Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
         Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
         Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.
        Bahan Tabur/ Tambahan Lain
        Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
        Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)
        Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri
        Daun sup dan daun bawang di mayang
        Sambal Cili

        RESEPI SAMBAL CILI
        ½ cawan serbuk cili babas
        ½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
        ½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
        50 gm gula melaka @ gula hitam
        ½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
        perasakan dgn garam dan tok aji sikit
        sedikit minyak utk menumis.
        Cara2
        Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.  Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya

        Isnin, Mac 19, 2012

        Sosej Blossom Bun


        Assalamualaikum salam besiaran di pg isnin hemmm rutin seperti biasalah dah mula buka sekolah semula ni.....pesiapan semua dah ready mlm tadi..jadi bagun pagi x le kelam kelibut...mmg dah rancang nak buat sosej blossom bun..dari hari tu lagi si ank dara dah npk kat rumah Auntie Izah...actually roti ni  x pernah lg saya buat..biasa beli aje..smlm tekadkan diri try buat, alhamdullilah dgn bangga senang hati negok nya...makkk hai menjadi dan rasa mmg sdp macam kat kedai woooo terangkat sekejap kikiki...bakar mlm dan simpan dalam tupperware...pg ni buat utk sarapan  keluarga dan ank2 pun bawa bekalan sekali....kelembutan roti pun terasa leh buat lg ni :-)...Tq pada penyumbang resepi....


        SOSEJ BLOSSOM BUN
        Resepi: CMG
        Sumber : IzahDaut

         BAHAN-BAHANNYA :-)
        250 gram tepung roti (high protein flour)
        50 gram gula halus @ gula kastor
        1/2 camca teh garam halus
        10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
        1/4 camca teh bread improver
        1/4 camca teh bread softerner
        30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
        6 gram instant yeast
        20 g mentega
        125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
        10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
        Mayonnaise secukupnya
        Sos cili/sos tomato, secukupnya
        Mix vege secukupnya

        Sebelum di bako.....
         CARA MEMBUATNYA :

        UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
        Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

        Jumaat, Mac 16, 2012

        Rendang Kelantan & Nasi Jagung


        Salam besiaran sekali lg wahhh duh, wah duhhhh rajin le pulak hari ni...masak rendang heheh ni kes Kak Jee yg war-war kat FB pg tadi, nak masak rendang kelantan haaaa kan dah tepikat di buatnya...mmg elok lah tu dapat juga ider utk masak lauk tegahari ni....borak2 kejap gan Kak Jee..sy telepas pandang ingat kan letak kerisik nasib x  g beli, rupanya kerisik dan lengkuas x di gunakan dlm resepi ni....wooo semesti ada satu kelayinan pada rasa rendang ni kan...perlu cuba......ank sy pun dah pesan kalau mama masak buat lbh sikit nak jamu kekawan lepas balik sembahyang jumaat nnt....ok set...maka siap lee sudah...saya lawankan sama Nasi Jagung,,telebih dahulu tuan rmh kena rasa...hemmm mmg ada rasa lain sikit, sbb x guna lengkuas, kerisik, serai pun dititik sahaja.....rasa ada pedas, masam manis....mmg kena dgn tekak sy, buat basah2 sikit bg ada kuah...kalau kering sangat x sdp pulak nak gaul sama nasi... boleh le buat lg ...TQ pada Kak Jee dgn resepi yg sdp lagi semple :-)


        RENDANG KELANTAN
        Resepi : DapurKakjee

        Bahan2nya:
        1 ekor ayam kira 1.5 kg
        15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
        4 ulas bawang putih
        halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
        10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
        2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
        3 helai daun limau purut
        2 batang serai
        2 cawan pati santan
        garam
        sedikit gula

        Cara2nya:
        potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.


        Cucur Bom Manis


        Salam besiaran buat semua di pg jumaat yg mulia..hemmm kejap aja dan masuk hujung minggu...atvt minggu ni pun penuh ...melayan ank2 dan ank buah yg dtg ...si keci pun x berapa sihat kejap meragam, kejap elok demam nya kejap2 dtg balik panasnya....apa pun ank2 tetap di depan mata tejaga elok Alhamdullilah...ok pg ni sempat le buat sarapan cucur bom manis yg dah beberapa kali buat...Mr.N pun sempat bawa tapau....nak buat cucur ni kena awal2 sikit bagun maklum le nak perap adunan bg naik... buat lebih simpan utk org belakang ahamm kita guna bahasa org dulu2 hehehe, penghuni dlm rmh ni  ramai masih belum bagun lagi tu....nnt dah bagun dan mandi sure serbu makanan punya...


        CUCUR BOM MANIS
        Sumber : daun_kesum@Jurnal Alkiram
        Bom Manis by AnnaQawina

        Bahan2 :
        1 sdt yis
        1 cawan tepung gandum
        2 sdb gula
        3 sdb susu pekat manis
        secubit garam
        air secukupnya
        minyak untuk menggoreng
        Cara-cara :
        Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
        Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
        Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
        Panaskan minyak masak.
        Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.

        Khamis, Mac 15, 2012

        Dried Noodles Curry ( Mee kering)


        Salam besiaran di petang khamis....hujan hampir behenti tp ada renyai2 sikit, sejuknya..........petang ni x buat kuih2 pun..kebetulan teghari masak lebih kuah kari ayam.....cadangnya nak menjala tp angkat2 badan makcik gas cam rengan aje..last2 cari punya cari negok ada lagi satu peket mee kering yg x berusik lg, hemmm elok lah tu... tinggal di rebus/celor ..kedai runcing pun sekangkang kera dekatnya... apa lagi cari le bhn2 yg patut utk hiasan pada mee....hemm sdp juga pekena gan mee kering ni...mee kering ala2 meggi tu, yg tampa perencah...mkn pulak time lepas hujan hemmm beselera le......resepi sama mcm buat mee kari biasa yeee



        MEE KARI
        Bahan Kuah
        1/2 ekor ayam – dipotong sederhana
        1 paket fish boll 
        4 cawan santan
        2 biji kentang belah 4
        6 ulas bawang merah-dikisar
        6 ulas bawang putih-dikisar
        1 labu bawang besar-dikisar
        1 inci halia – dikisar
        1 batang serai – diketuk
        2 sudu besar rempah daging-dibuat pes
        Kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
        Garam/gula secukup rasa
        Daun kari
        Air asam jawa / asam keping

        Bahan hiasan
        Mee kuning dicelor - sheila guna mee kering - di celor
        Telur rebus
        Sawi - dicelur
        Taugeh - dicelur
        Tauhu goreng jika suka
        Limau kasturi
        Bawang Goreng
        Cili Merah - mayang
        Daun bwg/daun sup

        Caranya :
        Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.
        Kemudia masukkan bahan kisar, serai titik dan tumis sehingga naik baunya.
        Masukkan pes kari dan sedikit santan.
        Setelah rempah dah pecah minyak ,masuk ayam, kentang, fish boll dan lebihan santan kalau pekat tambah air, Megikut kepekatan sendiri
        Masuka air asam/asam keping, perasakan sama garam dan gula biar didih dan masak
        Boleh le sediakan mangkuk masukan mee dan bahan2 hiasan berserta kuah kari

        Selasa, Mac 13, 2012

        Kaswi Pandan


        Salam besiaran di petang selasa,,, hari pun mendung lg npknya....x kisah lah....hujan ke panas ke terima seadanya..apa2 keadaan pun melepak dlm rmh aje nak bejln baru tunggu Mr.N balik...ok ukt kuih mkn petang ni saya cuba buat kuih kaswi pandan pulak ....kekenyalannya lembut dan x liat, dah tentu sdp rasa pandan..tp ikutkan budak2 suka pada kuih kaswi gula merah tu...yg  rasa pandan ni byk di mkn oleh onyang mereka (nenek saya)...byknya onyang mkn, suka negok.......nak pulak mkn sama kelapa....saya suka buat kuih kukus gini masuk dlm acuan kecik2...sbbnya cepat masak... lg pun  x payah nak potong2 dah...kuar dari acuan terus tabur kelapa..nak bawa ke majlis atau kenduri2 pun senang...resepi kuih kaswi ni ambik dari dapur Mry - Ciku Hafi  x silap saya Cendana Kasih dan Izah pun pernah buat guna resepi ni.....


        KUIH KASWI PANDAN
        Resepi : Ciku Hafi- Myr
        Bahan-bahan ( untuk 4/5 org mkn )
        • 1 cawan tepung gandum
        • 2 cawan air
        • 1 1/2 cawan gula pasir
        • 1 sb tepung ubi
        • daun pandan
        • sedikit perwarna hijau
        • 1 sk air kapur mkn
        • sedikit garam(gaul bersama kelapa parut)
        • 1/2 biji kelapa parut(putih shj)

        Cara-cara

        1. blend sema bahan diatas kecuali kelapa parut & garam...
        2. tapis bahan yg telah di blend kedalam loyang...& kukus selama 30-40 minit...
        3. setelah masak sejuk kan terlebih dahulu...
        4. bolehla dipotong...&gaul bersama kelapa yg telah digaul bersama garam...blehla dihidang untk minum ptg @breakfast

        Begedil Roti Sardin


        Salam besiaran di mlm hari...ok ni kes tepandang pg tadi kat dapur rumah Quinnie..amat menarik resepi ni, yg pernah saya buat begedil kentang dan begedil tahu aje...boleh le menerai hehe dah dpt ider utk manu mkn mlm.....kebetulal roti dan sardin mmg ada buat stok kat rmh....saya buat sebelah tegahari, bila siap di bentukan simpan dalam peti dulu bg sejuk ..nak mkn baru saya salutkan sama telur dan goreng...ada lg lebihan beberapa ketul boleh buat utk sarapan pagi esok.... kalau nak tahu rasannya ada seakan rasa sandwich roti sardin...di gaul dgn bahan2 lain dlmnya dan salut gan telur tu yg rasa lg sdp...nak tahu sdp ke tidak kena le kekawan buat yeeee...setakan ni yg lain npknya boleh terima .. saya mkn cicah sama cili sos dan mayo.... tq Mymaro from Myr dan Quinnie tayang resepi di pg hari .......


        BERGEDIL ROTI BERSARDIN
        Resepi: mymaro@myr
        by: Quinnie

        Bahan-bahan
        ( 1 tin kecil sardin )
        1/2 buku roti (ape2 brand pun bole)
        1 biji bawang besar
        3 ulas bawang putih
        1 biji cili merah ( kot nak lg pedas leh gak tmbah lagi)
        secubit lada hitam
        1 atau 2 biji telur
        daun sup & daun bawang
        garam 
         
         Siap di kepal sy masukan dlm peti sejuk...betujuan bila di grg nnt dan salut sama telur x lah bederai..

        Cara-cara
        Bawang putih ketuk dan cincang halus-halus.
        Bawang besar & cili merah potong dadu
        daun bawang & daun sup pun potong halus2 or ikut suka tukang masak ; )
        Roti carik2kan kecik2... or kot rajin potong2 pun ok gak...
        Tuang sardin beserta dengan kuah ke dalam bekas dan lenyek ikan sardin tu sampai hancur.
        Tambah semua bahan2 yang dah siap di potong tadi ke dalam sardin tu.
        Boleh la tambah lada hitam & garam secukup rasa.
        Gaul semua sampai sebati.
        *Telur tu ada 2 cara, boleh pecah terus kedalam adunan tadi atau pecah asingkan dan guna sebagai celupan sebalum goreng (mcm buat bergedil kentang tu...) Q masukkan 1 kuning telor kedalam adunan bergedil..lepas tu guna yg putih utk salut bergedil sebelum digoreng.
        Perap adunan tadi dalam 20 minit cukup, pastu kepal2, celup dalam telur dan goreng.
        Kalau saya, malam sblm tido buat, esok balik keje, terus goreng. Letak dalam peti sejuk memang bole tahan. Anak2 memang suka makan bergedil nie.
        ( nota Q: bila goreng bergedil ni jgn cepat2 kalih sebab nanti hancur...elok guna non-stick nye kuali....bila dah kuning bahagian bawahnya baru kalihkan...api jgn besar sgt)

        Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More